/Peminat makan hati Taehyung semakin dipinggirkan dari BTS

Peminat makan hati Taehyung semakin dipinggirkan dari BTS

Taehyung mungkin dianggap salah seorang ahli BTS paling popular, malah di Malaysia sekalipun tapi tampaknya ada beberapa kejadian yang berlaku seolah-olah namanya seringkali cuba dipinggirkan oleh agensinya sendiri. Antaranya termasuklah apabila namanya terlepas dalam penyenaraian album foto ‘Answer’ Concept Photo L Version’ dan sebagainya. Peminat berlapang dada dan menanggapnya itu hanyalah kesalahan kecil yang tak disengajakan.

Namun begitu, kemuncaknya berlaku apabila kesalahan itu dilihat berulang di dalam segmen ‘Perhormatan kepada BTS’ yang dipaparkan semasa majlis anugerah berprestij, Gaon Music Awards yang berlangsung kelmarin.  Dalam paparan tersebut, nama Kim Tae Hyung tak kelihatan tetapi sebaliknya, nama Suga (Min yoongi) pula dikreditkan sebanyak dua kali. Bagi mereka, ia sesuatu tak boleh dimaafkan kerana Taehyung hadir pada hari itu.

TVC-mall WW

Menyedari akan hakikat tersebut, sebilangan peminat BTS, yakni Army, memuatnaik beberapa bukti dakwaan tersebut dengan tanda pagar : #taehyungisnotinvisible bagi mengingatkan pihak agensi yang mewakilinya supaya sentiasa berwaspada memastikan Taehyung tidak dipinggirkan. Bagi mereka, BTS sentiasa terdiri daripada 7 orang ahli dan bukannya 6 orang ahli.

Kempen itu juga dibuat untuk menghentikan desas-desus (cakap-cakap) bahawa Taehyung sedang berseteru dengan rakan-rakan sekumpulan yang lain, ataupun sedang berkira-kira untuk keluar daripada BTS. Umum diketahui, kesemua ahli BTS memperbaharuhi kontrak bersama Big Hit Entertainment selama tujuh tahun sehingga tahun 2026, maka keadilan mestilah diberikan sama rata kepada semua ahli memandangkan Taehyung sekarang di bawah jagaan agensi tersebut, kata mereka lagi.

Sumber: twitter #hashtag

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.