/Im Siwan siap sedia pilih projek drama untuk kembali aktif selepas tamat khidmat tentera

Im Siwan siap sedia pilih projek drama untuk kembali aktif selepas tamat khidmat tentera

Im Siwan kini dikhabarkan sedang gigih memilih naskhah untuk projek comebacknya selepas tamat khidmat tentera kelak!

Pada 24 Januari, dilaporkan bahawa Im Siwan akan membintangi drama terbaru OCN “Strangers from Hell”.

Mengulas lanjut laporan berkenaan, agensinya Plum Actors memberitahu, “Ya, beliau ada menerima tawaran itu dan kini sedang meneliti skrip berkenaan dengan sebaiknya.”

“Strangers from Hell” diadaptasi daripada sebuah webtoon popular bertemakan thriller mengisahkan tentang kejadian aneh yang dihadapi oleh seorang lelaki selepas beliau berpindah ke Seoul dari kampungnya.

Sebelum ini, agensi Im Siwan menafikan satu laporan yang menyatakan pelakon terbabit akan membintangi sebuah filem penyiasatan jenayah selepas tamat khidmat tenteranya. Im Siwan akan menamatkan khidmat negaranya pada 27 Mac depan.

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...