/Cha Eun Woo & Chani akan tonjolkan ‘skill’ memasak sambil menyanyi untuk SBS ‘Baek Jong won’s Alley Restaurant’ ?

Cha Eun Woo & Chani akan tonjolkan ‘skill’ memasak sambil menyanyi untuk SBS ‘Baek Jong won’s Alley Restaurant’ ?

Cha Eun Woo (Astro) dan Kang Chan Hee (SF9) dijadualkan untuk menyertai program memasak bersama selebriti Baek Jong Won sebagai tetamu istimewanya.

Mereka akan melawat  lorong di suatu kawasan di Seoul  di mana terletaknya gerai-gerai dan restoren kecil. Turut dijangka menyertai sebagai tetamu undangan termasuklah Moon Bin (Astro) dan Jin Jin yang mengunjungi pasar basah Hongan-dong terlebih dahulu, serta disusuli oleh  Cha Eun Woo dan Chani untuk program seterusnya. Menurut pihak produksi, Chani akan menyanyikan lagu ‘We All Lie’ yang dimuatkan untuk runut bunyi jtbc Sky Castle.

TVC-mall WW

Cha Eun Woo sedang menerima pencalonan Popular Rookie Actor dalam 7th CARI Kdrama Awards manakala Chani SF9 pula mempamerkan lakonan memberangsangkan sebagai pelakon yang menjadi mangsa di dalam jtbc Sky Castle. Episod terbaru ‘Baek Jong won’s Alley Restaurant’ ini dapat disaksikan oleh penonton Malaysia di cenel ONE HD Astro 393 setiap hari Sabtu, jam 1135 pagi. Ulangannya pula akan bersiaran pada hari Khamis  jam 1030 pagi.

Sumber: ONE HD

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.