/Berikutan Piala AFC Cup, tayangan dua episode terakhir ‘SKY Castle’ berubah

Berikutan Piala AFC Cup, tayangan dua episode terakhir ‘SKY Castle’ berubah


Namun begitu, disebabkan JTBC mempunyai hak liputan eksklusif Piala AFC Cup 2019, drama “SKY Castle” terpaksa diubah tayangannya.

Pada 22 Januari, pasukan Korea telah mengalahkan Bahrain 2-0 dipusingan 16. Berikutan itu, pasukan Korea layak ke sulu akhir menentang Qatar pada 25 Januari jam 10.00 KST.

Disebabkan drama “SKY Castle” bermula pada jam 11.00 malam, jadi agak mustahil untuk ditayangkan pada hari yang sepatutnya. Maka, episode 19 hanya akan disiarkan pada 26 Januari dan episode terakhir pada 1 Februari pada waktu yang sama.

Namun begitu, penyiaran episode terakhir bergantung kepada prestasi pasukan Korea setelah menentang Qatar. Seandainya, pasukan Korea layak ke pusingan berikutnya yang dijadualkan pada 1 Februari, episode akhir drama “SKY Castle” akan ditunda lagi kepada 2 Februari.

Sumber : Naver 

TAGS:

Komentar

comments

loading...