/Sorotan aktiviti terbaru mantan Wanna One : Dari Kang Daniel ke Ong Seung Woo

Sorotan aktiviti terbaru mantan Wanna One : Dari Kang Daniel ke Ong Seung Woo

Dari kiri: Kang Daniel & Ong Seung Woo

Wanna One sudah pun terbubar dan menjadi sejarah buat peminat Wannables. Namun, kelibat idol-idol yang terhasil daripada penangan terhebat kumpulan ini sukar untuk dilupakan oleh mereka lagi-lagi apabila sebut saja nama Kang Daniel mahupun Ong Seung Woo.

Beberapa mantan ahli Wanna One telah pun bersedia untuk membuat kemunculan semula dengan melakukan aktiviti secara solo. Mereka mengorak langkah dengan membuka laman instagram tersendiri bagi mendekatkan diri mereka dengan peminat seperti dilakukan oleh Kang Daniel, Yoon Ji Sung, Park Ji Hoon, Ong Sung Woo, Bae Jin Young dan Ha Sung Woon.

1. Kang Daniel

Seperti diketahui ramai peminat, Kang Daniel sebenarnya dalam perancangan untuk merakamkan lagu solo nya yang akan dilancarkan pada bulan April 2019. Kang Daniel sudah pun membuka laman ‘cafe’ dengan seramai lebih 62,000 orang telah mendaftar sebagai ahli. Laman instagram nya pula telah memecahkan rekod dipegang oleh Pope Francis apabila memperolehi sebanyak satu juta pengikut dalam masa yang singkat. Populariti Kang Daniel di Malaysia juga tak dapat dinafikan kehebatannya apabila sentiasa konsisten meraih top 10 di dalam carta ‘ Kmania Top 10 Stars’ pada setiap bulan.

2. Yoon Ji Sung

Yoon Ji Sung akan melancarkan debut album solo nya seawal Februari depan dan sedang dalam latihan untuk melakonkan watak teater muzikal “The Days”. Penulisan lagu di dalam album itu turut disumbang oleh bekas rakan sekumpulan, Lee Dae Hwi. Jika perancangannya menjadi, Yoon Ji Sung akan menjadi mantan ahli Wanna One paling awal sekali membuat kemunculan semula mengatasi rakan-rakannya lain.

3. Park Ji Hoon

Park Ji Hoon akan mengadakan sesi pertemuan bersama berminat bertempat di Seoul pada 9th Februari 2019 dan belum berkira-kira lagi untuk melancarkan apa-apa single terbaru.

Dari kiri : Ha Sung Woon, Bae Ji Young dan Park Ji Hoon

4. Bae Jin Young

Bae Jin Young yang telah membuka laman ‘cafe’ beberapa hari lalu, telah pun berinteraksi bersama peminat menerusi V Live dibuat secara solo mulai petang semalam.

5. Ha Sung Woon

Ha Sung Woon sudah semestinya kembali kepada kumpulan lamanya, ‘Hotshot’ tapi dia tak berhenti di situ saja. Laman fan ‘cafe’ nya akan dibuka secara rasmi pada 28 Januari 2019, selain juga dilihat aktif berkongsi video di platform ‘Guremi TV’. Ha Sung Woon sedang dalam perancangan menerbitkan album solo dengan hasil tangannya sendiri. Menarik bukan?

6. Ong Seung Woo

Ong Seung Woo lebih memilih karier lain berbanding menyanyi. Beliau telah menyatakan pendirian untuk membintangi drama jtbc ‘Moment of Eighteen’ tak lama lagi bersama-sama dengan Kim Hyang Gi (“Along With The Gods”) dengan melakonkan watak pelakon yang kesunyian dan berubah hati apabila berpindah ke sekolah baru di mana dia menemui gadis pintar yang menceriakan hatinya.

Sumber: sportworldi

Komentar

comments

loading...