/Park Min Young, suri hati buat Mr. Arrogant Kim Jae Wook di dalam tvN Her Private Life ?

Park Min Young, suri hati buat Mr. Arrogant Kim Jae Wook di dalam tvN Her Private Life ?

Produksi tvN sentiasa menyajikan drama yang menarik lagi buat penonton, dan semestinya kali ini merupakan adaptasi daripada novel web bertajuk “Noona Fan DotCom” oleh Kim Sung Yeon berkisarkan tentang percintaan seorang kurator yang berbakat dengan pengarah muzium seni yang mungkin obses terhadapnya kerana meminati kerja-kerja seninya tapi pada masa sama merupakan peminat idol kpop.

tvN ‘Her Private Life’ akan meletakkan Kim Jae Wook sebagai Ryan Gold, yakni pengarah Filling Art Museum yang baru dilantik. Kelibatnya di dalam drama ini ialah seorang yang dalam keadaan penuh kemisterian selain obses terhadap ukiran-ukiran seni berbanding sekadar menjadi pengarah museum. Pemikirannya mungkin sukar difahami kerana suka bersikap sinis terhadap sesuatu perkara sehingga pernah mengabaikan bakat hanya kerana kesalahan kecil dilakukannya.

Pada suatu hari, Ryan Gold terlihat ukiran dibuat oleh Sung Duk Mi (bakal dilakonkan oleh Park Min Young) lalu jatuh hati padanya.  Beliau menghampirinya sebagai peminat seni.Tapi lagaknya itu telah menyakitkan hati Sung Duk Mi. Lama-kelamaan, Ryan Gold mengetahui bahawa Sung Duk Mi pun meminati penyanyi idol yang sama, Shi-Ahn. Mungkinkah Sung Duk Mi kemudian berubah hati dan menjadi suri hati buat Kim Jae Wook? Kedua-dua pelakon ini dilaporkan masih menimbang tawaran lakonan diberikan pada mereka.

tvN ‘Her Private Life’ bakal diarahkan oleh PD Hong Jong Chan (“tvN Dear My Friends”,”jtbc Life” , “tvN Life Up To Your Name”) dan akan disiarkan untuk slot musim bunga depan selepas tvN Touch Your Heart gandingan Lee Dong Wook dan Yoo In Na serta tvN Encounter selesai ditayangkan.

Sumber: OSEN , IS Plus

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.