/“Saya lakukan ini, untuk menjadi pelakon yang lebih baik, ” Lee Jong Suk

“Saya lakukan ini, untuk menjadi pelakon yang lebih baik, ” Lee Jong Suk

Majalah Esquire edisi Februari menampilkan Lee Jong Suk sebagai penghias muka depannya.

Ketika sesi bergambar, kelihatan Lee Jong Suk duduk dengan selesa di dalam bilik dan menggayakan pelbagai jam tangan. Dalam temuramah berikut, pelakon itu menunjukkan sikapnya yang sangat merendah diri apabila disoal tentang lakonannya.

TVC-mall WW

Apabila ditanya mengapa Lee Jong Suk seringkali merasa rendah diri, pelakon tersebut menjawab, “Saya masih lagi merasakan kekurangan dalam banyak perkara. “

Lee Jong Suk kemudian berkata,  “Saya tidak pernah berlakon mengikut naluri hati semata. Saya merasakan lakonan adalah kerja saya dan saya bertanggungjawab untuk lakukan yang terbaik dengan mencabar diri sendiri. Saya seringkali merakam pergerakan saya (menggunakan cam recorder) untuk sesuatu aksi dan selepas itu saya akan menontonnya semula dengan teliti untuk proses penambahbaikan. Jika saya sedang dalam pengambaran, saat keseluruhan tubuh saya dirakam, saya melihat bagaimana saya berdiri. Apakah sesuai dengan gaya sebegitu atau sebaliknya. Ketika adengan bersama pasangan saya, biarpun beliau membelakangkan saya, saya tetap menitikberatkan pergerakan saya.”

Beliau kemudian menjelaskan,  “Saya sememangnya ingin menjadi seorang pelakon yang baik. Namun, persepsi dan tahap penilaian kualiti terbaik seseorang pelakon itu adalah berbeza. Ia kadangkala bergantung kepada situasi dan sebanyak mana mereka menyukai seseorang pelakon itu. Sebab itu bagi saya, berlakon ini sangat mencabar dan sukar. “

Lee Jong Suk kini menghitung hari sempena tayangan perdana drama terbarunya keluaran tvN bertajuk  “Romance Is a Bonus Book”. Beliau mencabar dirinya untuk berlakon dalam drama yang bertemakan romantik komedi yang pertama dalam sembilan tahun pembabitannya dalam dunia lakonan.

Pelakon itu menjelaskan, “Saya memilih drama ini kerana saya sendiri sukakan karya penulis Jung Hyun Jung. Semasa menonton ‘Discovery of Love’ dan ‘I Need Romance’, saya menyedari bahawa penulis Jung Hyun Jung menceritakan kisah cinta secara realistik. Tetapi kini saya pula yang melakonkan karya beliau, sukar juga daripada sekadar menonton. “

Akhirnya, Lee Jong Suk turut mendedahkan bahawa dia merasa bertanggungjawab terhadap mereka yang bekerja di agensinya. Pelakon itu berkata, “Tujuan saya menubuhkan syarikat adalah untuk menyediakan persekitaran kerja yang baik untuk mereka yang bekerja keras. Pada awalnya, kami bermula dengan, ‘Let’s have fun while working’ namun realitinya ia diluar jangkaan saya. Apapun saya rasakan inilah realiti yang perlu saya hadapi, pelbagai cabaran perlu kami lalui, jadi saya tidak akan memandang remeh perkara-perkara ini semua dan teruskan bekerja kuat.”

“Romance Is A Bonus Book” akan mula bersiaran pada 26 Januari dirangkaian tvN  dan 5 Februari menerusi Netflix di seluruh negara Asia pada jam 9.00 Malam.

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...