/Park Yoo Chun tetap keluarkan album solo walaupun berhadapan dengan kecaman anti

Park Yoo Chun tetap keluarkan album solo walaupun berhadapan dengan kecaman anti

Park Yoo Chun yang sudah hampir setahun menghabiskan latihan khidmat negara sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan album terbaru dalam masa terdekat.

Menurut sumber daripada my daily report, Park Yoo Chun sendiri akan mengumumkan album terbarunya yang belum diberikan judul dan akan mengadakan konsert di Auditorium COEX bertempat di Seoul pada Mac 2019 ini. Ini merupakan konsert sulungnya serentak dengan konsert solo J-party bersama peminat oleh rakan sekumpulannya, Jae Joong yang diadakan pada hari kelmarin . Park Yoo Chun, Kim Jae Joong dan Xiah Junsu membentuk kumpulan kpop dinamakan sebagai JYJ, setelah keluar daripada TVXQ.

Agensi hiburan CJ memaklumkan bahawa Park Yoo Chun sangat berhati-hati untuk membuat kemunculan semula kerana beliau sebelum ini telah terpalit atas tuduhan merogol beberapa orang pelacur walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap penuduh tersebut , dan skandal perkahwinan tak jadi dengan anak seorang chaebol.

“Ia hanya diadakan untuk menghargai peminat yang menyokong Yoo Chun selama ini,” kata mereka lagi.

Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, Park Yoo Chun membintangi beberapa drama popular termasuklah KBS Sunkyunkwan Scandal, SBS Rooftop Prince dan SBS Three Days dan filem Haemoo yang melayakkan beliau meraih Best New Actor di kedua-dua anugerah berprestij : Grandbell dan Blue Dragon.

Sumber: my daily report

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.