/Hyun bin & Son Ye Jin kantoi ‘dating’ tapi masih tak nak mengaku?

Hyun bin & Son Ye Jin kantoi ‘dating’ tapi masih tak nak mengaku?

Permulaan tahun baru yang indah buat Hyun Bin dan Son Ye Jin nampaknya. Kedua mereka dilaporkan dilihat membeli belah bersama di sebuah pasaraya yang terletak di luar Korea.

Pada 21 Januari (hari ini),  kedua-dua individu yang didakwa sebagai Hyun Bin dan Son Ye Jin telah tular dimedia sosial dan dikalangan komuniti atas talian. Kedua mereka mengenakan topi dengan Son Ye Jin dilihat memakai kacamata hitam. Kedua mereka juga didakwa mengisi percutian mereka bersama-sama.

TVC-mall WW

Sumber dari kedua-dua agensi, VAST Entertainment (Hyun Bin) dan MS Team Entertainment telah berikan maklum balas dengan menyatakan, “Kami sedang mengenalpasti samaada gambar-gambar yang didakwa tersebut tulen dan bagaimana gambar tersebut diambil. Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini dalam masa yang terdekat.”

Terdahulu, Hyun Bin dan Son Ye Jin telah terlibat dalam khabar angin yang menyatakan keduanya dilamun cinta pada 9 Januari lepas tetapi telah dinafikan oleh kedua-dua agensi pelakon terbabit.

Apakah kedua pelakon ini mula membuahkan bibit-bibit cinta semasa pengambaran filem “The Negotiation”? Nantikan perkembangan selanjutnya.

Sebelum itu, Son Ye Jin merupakan calon Best Actress menerusi drama “Pretty Noona Who Buys Me Food” di Anugerah Carikdrama Ke-7 yang akan diadakan di KTO, Malaysia. Untuk mengundi sila klik SINI.

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...