/Park Yoon Jae dambaan ahjumma, sedang dilamun cinta

Park Yoon Jae dambaan ahjumma, sedang dilamun cinta

Aktor Park Yoon Jae yang menyerlah menerusi drama KBS It’s My Life pada tahun lepas, mengaku sedang dilamun cinta. Menurut laporan dari media, gadis yang mencuri hatinya itu ialah seorang yang bukan daripada kalangan selebriti.

Desas-desus percintaan mereka mula bertebaran apabila Park Yoon Jae dengan penuh keberanian menamakan ‘Su Kyung Ah’ sendiri di dalam ucapan penghargaannya sebaik saja menerima anugerah ‘Best Actor for Daily Drama’ 2018 KBS Drama Awards. “Terima kasih, dan saya sayang kamu,  ‘Su Kyung Ah’. Namun, para penggiat media belum berpuas hati akan pengumuman tersebut sebelum Park Yoon Jae mengesahkannya pada hari ini.

Park Yoon Jae merupakan adik kepada pelakon Cha Rim, mula menceburi bidang lakonan seawal tahun 2002. Antara drama-drama lakonannya termasuklah MBC Shining Romance dan KBS It’s My Life. Beliau akan muncul dalam drama bersiri terbaru KBS berjudul ‘My Life’. Perit lah hati ahjumma melihat Park Yoo Jae sudah memiliki suri hati pilihannya.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.