/Nam Goong Min, Kim Byung Chul & Nara Hellovenus sertai KBS Doctor’s Prisoner

Nam Goong Min, Kim Byung Chul & Nara Hellovenus sertai KBS Doctor’s Prisoner

Nam Goong Min, pemenang Best Supporting Actor 5th CARI Kdrama Awards, sudah pun menyatakan persetujuan menyertai drama medikal terbaru, KBS Dr. Prisoner bersama-sama dengan Kim Byung Chul dan Nara dari kumpulan kpop Hellovenus.

KBS Dr. Prisoner berkisarkan tentang seorang doktor bedah yang terpaksa meninggalkan hospital tempat kerjanya kerana tragedi yang tak dapat dielakkan dan memohon untuk menjadi doktor di jabatan penjara. Pada masa yang sama, Nam Goong Min sebagai Na Yi Je, bekas doktor bedah unit Taekgang University Hospital Emergency Medical Center, merancang untuk membalas dendam terhadap ketidakadilan berlaku padanya sepanjang berkhidmat di hospital sebelum ini. Premis drama ini mungkin mengingatkan penonton kdrama akan drama MBC Hospital Ship di mana Ha Ji Won terpaksa meninggalkan hospital dan berkhidmat sebagai doktor bedah di atas kapal yang berlayar mengelilingi pulau-pulau.

Kim Byung Chul pula akan melakonkan watak sebagai pengarah klinik di Jabatan Penjara Sunmyun, seorang yang mahir dalam perubatan dalaman (“Internal Medicine”) dan datangnya daripada keluarga yang berprestij tinggi manakala Nara pula akan menjadi pakar sakit jiwa (“Psychiatrist”) yang akan menghubungkan para doktor dengan pesakit yang terdiri daripada banduan-banduan penjara.

KBS Dr. Prisoner yang mendapat cetusan sutaradara Hwang In Hyuk (“KBS Laurel Tree Tailors”, “KBS Assembly”) dan penulis skrip Park Kye Ok (“SBS Biscuit Teacher and Star Candy”,”SBS Cain and Abel”) akan menemui penonton menjelang Mac 2019 selepas KBS Liver or Die selesai ditayangkan.

Sumber: joins , sportal korea

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.