/Lee Ha Na & Lee Jin Wook sah sertai OCN Voice musim ke-3

Lee Ha Na & Lee Jin Wook sah sertai OCN Voice musim ke-3

Seperti dimaklumkan pihak produksi OCN sebelum ini untuk menerbitkan sekuel selanjutnya, mereka telah pun mengesahkan penglibatan Lee Ha Na dan Lee Jin Wook untuk OCN Voice 3 yang akan ditayangkan pada Mei 2019, menurut satu laporan daripada Daily Sport.

Sumber dari OCN berkata pada 10 September bahawa mereka ingin menayangkan Voice 3 untuk tayangan separuh tahun pertama 2019 kerana ianya berhubung-kait dengan musim yang kedua yang kini sedang ditayangkan. Menggunakan konsep yang sama dengan siri-siri sebelumnya yakni sekumpulan ‘Golden Time’ ini yang sedaya upaya bertindakbalas terhadap panggilan kecemasan dibuat terhadap mereka, OCN Voice 3 dikatakan lebih menumpukan pada gerakan untuk menghapuskan sindiket kartel terbesar yang menjadi dalang kepada penubuhan rangkaian gelap (“dark web”) dinamakan sebagai , ‘Doctor Favre’.

Lee Ha Na dan Lee Jin Wook masih kekal dengan watak dipegang oleh mereka dalam musim ke-2 walaupun Lee Jin Wook hanya menggantikan Jang Hyuk yang berada dalam musim pertama siri drama tersebut,

Sumber: insight

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.