/tvN Memories of Alhambra, drama ke-2 termahal dengan kos mencecah 20 billion won

tvN Memories of Alhambra, drama ke-2 termahal dengan kos mencecah 20 billion won

Drama tvN Memories of Alhambra telah mencatat kos produksi mencecah 20 billion sekaligus meletakkannya di kedudukan no.2 di belakang tvN Mr.Sunshine yang memperuntukkan belanja sebanyak 43 billion wons. Ini menjadikan tvN Memories of Alhambra antara drama korea yang menelan belanja paling tinggi pada tahun 2018 lepas. Berikut adalah drama-drama yang tersenarai:

  • tvN Mr. Sunshine: 43b
  • tvN Memories of the Alhambra: 20b
  • tvN Encounter: 16b
  • JTBC Life: 10.6b
  • JTBC My ID is Gangnam Beauty: 8b
  • OCN Voice 2: 8b
  • tvN 100 Days My Prince: 8b
  • JTBC The Beauty Inside: 8b
  • JTBC Sky Castle: 7.5b

Tambahan lagi, tvN Memories of Alhambra baru saja mencecah ratings sebanyak 10.0% semalam, tertinggi sejak ditayangkan hasil beberapa adegan yang mengasyikkan dan membuatkan penonton tak duduk senang. Yoo Jin Woo (Hyun Bin) didapati masih hilang lagi sekali apabila dia terpaksa merelakan dirinya diperangkap untuk mencari klu di sebalik permainan digital sewaktu berehat di hotel Granada, Sepanyol. Di situ jua, dia menemui wanita cantik bernama Jung Hee Joo (Park Shin Hye). Episod-episod akhir minggu depan akan menumpukan kepada bagaimana Hyun Bin membebaskan dirinya daripada permainan tersebut.

TVC-mall WW

Anda boleh tonton drama ini menerusi pelantar Netflix.

Sumber: IS Plus , Twitter

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.