/Son Ye Jin & Jung Hae In bergandingan sekali lagi untuk drama MBC Spring Night pula?

Son Ye Jin & Jung Hae In bergandingan sekali lagi untuk drama MBC Spring Night pula?

Son Ye Jin disamping Jung Hae In di dalam jtbc ‘Something In The Rain’.

Nampaknya, pengarah Ahn Pan Seok sudah pun mempunyai projek terbaru untuk merekruit Son Ye Jin semula sebagai pelakon utamanya. Ini bakal menjadikan gandingan mereka untuk kali ke-2 sejak drama jtbc ‘Pretty Noona Who Buys Me Food’ atau dikenali sebagai ‘Something In The Rain’.

Drama yang diberi judul ‘Spring Night’ (secara literal) khabarnya untuk tayangan bulan Mei 2019 untuk terbitan cenel MBC. Dalam satu kenyataan, Ahn Pan Seok yang pernah dinobatkan Best Director CARI Kdrama Awards sebelum ini juga mengesahkannya. “Saya akan cuba sedaya upaya menghasilkan drama ini secepat mungkin ,” kata beliau secara ringkas. Ini bukan perkara baru buat Ahn Pan Seok kerana beliau pernah memanggil Kim Hee Ae sekali lagi untuk berlakon di dalam drama arahannya, yakni jtbc A Wife’s Credentials dengan disusuli oleh jtbc Secret Love Affair.

Mengikut sumber tertentu, drama ini yang bergenrekan kesedihan, berkisarkan seorang pustakawan bernama Lee Jung In yang sepatutnya periang tetapi selalu gagal dalam percintaan. Lee Jung In cuba meneliti balik hubungannya dengan kekasih-kekasih lama untuk menemui cinta yang benar-benar hakiki.

Lakonan Son Ye Jin menerusi jtbc ‘Something In The Rain’ tahun lepas telah memperolehinya pencalonan Best Actress di dalam 7th CARI Kdrama Awards (Undi di sini, bagi yang belum berbuat demikian) selain Popular Actress dan Couple of The Year bersama Jung Hae In . Dengan kembalinya Son Ye Jin ke pentas layar emas, sudah semestinya projek drama terbarunya ini sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh peminat drama korea. 

Difahamkan, Jung Hae In turut ditawarkan sebagai pasangan Son Ye Jin di dalam drama ini yang akan menghimpunkan penulis skrip yang sama daripada jtbc Something In The Rain.

Sumber: IS Plus , Naver

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.