/Rating ‘Sky Castle’ terus gah mendunia dengan aksi yang mendebarkan

Rating ‘Sky Castle’ terus gah mendunia dengan aksi yang mendebarkan

 

Nampaknya drama SKY Castle terus gah dalam mencuri perhatian para penonton drama. Tidak cukup dengan memecahkan rekod rating drama tayangan JTBC, bahkan memecahkan rekod tayangan sendiri dan terus mencatat rekod tontonan yang luar biasa.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Nielsen Korea, drama yang bersiaran pada 12 Januari lepas telah mencatatkan purata tontonan sebanyak 19.24%. Apa yang menarik drama ini juga mendapat purata tontonan sebanyak 21.01% disekitar bandaraya Seoul sahaja. SKY Castle terus melakar popularitinya tersendiri.

Episode terbaharu mengisahkan pasukan polis yang mengendalikan penyiasatan ke atas kematian Kim Hye Na dan mengenalpasti Hwang Woo Joo (Chan Hee) sebagai suspek pembunuhan. Ini berikutan sel kulit Woo Joo dijumpai dikuku Hye Na saat beliau menolak tangan Woo Joo dan ketika malam kejadian Woo Joo mengenakan baju hoodie berwarna merah. Disebabkan sebuah kamera kereta yang merakamkan kejadian Hye Na terjun bangunan tersebut, Woo Joo antara orang terakhir bertemu Hye Na sehingga membawa Woo Joo menjadi suspek pembunuhan.

Adakah ini satu lagi konspirasi yang cuba dilakukan oleh Kim Joo Young dengan menggunakan Kang Ye Seo? Dalam pada itu Kang Ye Bin terdengar perbualan ibunya Han Seo Jin mengatakan Hye Na adalah kakaknya.

Rasa ingin tahu mengenai punca sebenar kematian Hye Na sangat dinanti-nantikan. Apakah faktor sebenar yang menyebabkan Hye Na terjun bangunan dan apakah perasan Kang Jun Sang setelah mengetahui Hye Na anak kandungnya telah mati.

SKY Castle akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu menerusi saluran JTBC.

Sumber : Naver | Nielsen Korea 

TAGS:

Komentar

comments

loading...