/Park Hae Soo menikahi gadis dikenalinya selama 6 tahun pada hari ini

Park Hae Soo menikahi gadis dikenalinya selama 6 tahun pada hari ini

Pelakon yang terkenal dengan watak bodoh alang-alang menerusi drama tvN Prison Playbook ini  telah mengadakan majlis perkahwinannya pada hari ini bersama kekasihnya yang dikenali selama 6 tahun, seperti yang diumumkannya pada akhir November lalu.

Park Hae Soo dalam kenyataan lain sebelum ini memuji kekasihnya itu ibarat hadiah tak ternilai buat dirinya yang selalu bersamanya sewaktu dalam kesusahan.

TVC-mall WW

“Saya berasa sangat gembira sekiranya kalian dapat mendoakan perkahwinan kami dan mereka yang menyokong karier saya semenjak bergelar pelakon teater,” katanya lagi.

Majlis perkahwinan itu dikendalikan oleh pelakon Lee Ki Sup, kenalannya sejak berkecimpung dalam dunia teater dan Park Kwan Sun yang akan menguruskan acara pembacaan Bible. Program berbulan madu mereka dijangka dibuat di Maldives.

Tahniah Park Hae Soo, ikhlas daripada kami warga Kmania yang memberi sokongan penuh pada beliau sehingga meraih pencalonan Best Actor dan Popular Rookie Actor di dalam 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini.

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.