/Jung Il Woo akhirnya sembuh daripada jangkitan kudis herpes

Jung Il Woo akhirnya sembuh daripada jangkitan kudis herpes

Jung Il Woo dilaporkan mengalami jangkitan herpes pada Disember lalu yang lazimnya disebarkan menerusi seks oral secara rambang . Walaubagaimanapun, beliau telah pun sembuh dan akan bergiat aktif semula untuk drama SBS terbarunya bersama Go Ara.

Menurut jurucakap label Jung Il Woo, beliau didapati menghidap jangkitan herpes ini sewaktu sedang cuba menurunkan berat badan untuk persediaan karakter baru. Pengurangan berat badan akan menyebabkan sistem imun badan jatuh mendadak, seterusnya menyebabkannya mudah terjangkit dengan serangan virus Herpes sebaik saja melakukan ciuman secara rambang, seks oral atau berkongsi makanan dengan penghidap penyakit tersebut.

TVC-mall WW

Akibat jangkitan herpes tersebut, Jung Il Woo demam selama dua minggu dan berlakunya pendarahan di gusi serta mulutnya sehingga meninggalkan kesan parut. Lantaran itu , Jung Il Woo cuba menutupinya dengan make up dan CG.

Sumber: sbsfune

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.