/IU sebagai puteri ‘bunian’ di dalam drama fantasi tvN Hotel del Luna tulisan Hong Sisters ?

IU sebagai puteri ‘bunian’ di dalam drama fantasi tvN Hotel del Luna tulisan Hong Sisters ?

Sebut saja, pasti ramai kenal penyanyi kpop solo bergelar pelakon ini yakni IU atau nama sebenar Lee JI Eun. IU dilaporkan sedang menimbangkan tawaran lakonan sebagai pelakon utama untuk drama terbaru tvN diberikan judul sebagai ‘Hotel del Luna’ (secara literal).

tvN ‘Hotel del Luna’ ialah drama fantasi yang bertumpukan pada sebuah hotel yang didiami pelbagai makhlus halus. Hotel ini tampak usang kerana ia menjadi tempat persinggahan roh-roh yang tak tahu hendak ke mana. Di dalamnya juga, terdapat seorang anak dara persis puteri ‘bunian’ disebut-sebut bahawa kecantikannya ibarat cahaya bulan yang menyinari malam yang sepi. Kebanyakan orang-orang tua yang tinggal di kampung berdekatan akan singgah sekejap di hotel usang berkenaan bagi melihat kecantikan puteri bunian itu dan memohon hajat untuk perkara-perkara tertentu.

IU akan membawa watak puteri ‘bunian’ tersebut yang dikatakan terpaksa dikurung di dalam hotel itu untuk seribu tahun kerana terkena sumpahan ‘del Luna’. Identiti asalnya ialah seorang wanita tua agak jahat di masa lalu .Mungkinkah IU disumpah untuk mengubah dirinya menjadi sosok yang baik belaka?

Ini merupakan drama pertama IU sejak tvN My Mister disiarkan tahun lepas. Lakonan hebat IU sebagai gadis yang merintih kesusahan dalam drama itu telah dipilih oleh rakyat Malaysia untuk tercalon dalam kategori Best Actress dan Popular Actress untuk 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini. (Bagi belum mengundi, sila berbuat demikian di sini.)

Beberapa drama tulisan adik-beradik Hong yang popular.

tvN ‘Hotel del Luna’ merupakan projek terbaru adik-beradik Hong (Hong Miran & Hong Jung Eun) . Buat yang tak mengenali penulis skrip ini, mereka merupakan penulis skrip drama-drama popular Korea seperti SBS My Girl, KBS Sassy Girl Chun Hyang, MBC The Greatest Love, SBS Master’s Sun, SBS My Girlfriend is Guminho, SBS You’re Beautiful dan tvN The Korean Odyssey. Jun Ji Hyun pernah mempertimbangkan projek drama baru dengan adik-beradik Hong ini juga dengan judul tak tak dinamakan sebelum ini.

Drama ini yang turut mendapat sentuhan sutradara Oh Choong Hwan (“SBS Doctors” ,”SBS While You Are Sleeping”) akan dirancangkan tayangannya selepas tvN Asadal berakhir pada Ogos 2019.

Sumber: joins

Komentar

comments

loading...