/(Gempar) Jung Yoo An dituduh menodai wanita kelab dalam keadaan mabuk

(Gempar) Jung Yoo An dituduh menodai wanita kelab dalam keadaan mabuk

Pelakon yang baru berjinak-jinak dalam industri seni, Jung Yoo An dilaporkan sebagai suspek dalam kes dakwaan serangan seksual terhadap seorang wanita pagi tadi. Mereka dikatakan bertemu di dalam kelab malam di mana Jung Yoo An dikhabarkan telah meraba kehormatan wanita itu sewaktu dalam keadaan mabuk. Kes ini berada dalam siasatan polis setelah menerima aduan itu semalam .

Susulan daripada itu, netizen mendesak Jung Yoo An digugurkan daripada projek film terbarunya dengan pengarah Along With The God 2, Kim Yong Hwa dan drama tvN That Psychometric Guy bersama Jinyoung Got7.

TVC-mall WW

Agensi hiburan VAST yang mewakili Jung Yoo An pula telah mengeluarkan kenyataan , “Berhubung ketularan aktor di bawah naungan kami, kami meminta maaf kepada sesiapa yang terkesan daripadanya. Kami mengambil langkah untuk membiarkan pihak polis menyiasat dakwaan itu terlebih dahulu kerana kami masih ragu-ragu atas dakwaan tersebut.”

Tambah mereka lagi , ” Berkenaan tawaran drama itu, kami belum membincangkan apa-apa mengenainya.”

Jung Yoo An dikenali dengan wajah ‘innocent’nya disebabkan paras rupanya yang lain daripada kebiasaan pelakon korea. Dia pernah membintangi drama Youtube Top Management selain melakonkan remaja Gil Moo Won di dalam MBC Come and Hug Me.

Sumber: mbcsportplus , chosun

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.