/Peguam Lee Jun Ho akan bergandingan dengan detektif Yoo Jae Myung untuk tvN Confession ?

Peguam Lee Jun Ho akan bergandingan dengan detektif Yoo Jae Myung untuk tvN Confession ?

Produksi tvN sekali lagu cuba mendapatkan pemilihan pelakon yang mantap untuk drama keluaran mereka. Kali ini produksi tertumpu pada drama baru cetusan penulis baru Im Hee Chul untuk tayangan bulan Mac ini.

Lee Jun Ho sudah pun menyatakan persetujuan untuk membintangi drama ini yang diberi judul ‘Confession’ manakala Yoo Jae Myung masih lagi mempertimbangkannya.

Lee Jung Ho akan membawa watak ‘Choi Do Hyun’ seorang peguam mahu mencari kebenaran. Choi Do Hyun mengalami penyakit jantung yang tak boleh diubati melainkan dengan pembedahan transplan jantung dan selalunya berada di dalam hospital. Sebaik saja memulakan hidup dengan jantung baru, Choi Do Hyun terkejut apabila mendapati ayahnya dituduh sebagai pembunuh untuk kes dinamakan sebagai ‘Eumpyeong Construction Site’.

Choi Do Hyun terpaksa bekerjasama dengan Kwon Chun Ho (lakonan Yoo Jae Myung) untuk menjejaki dalang sebenar di sebalik kesalahan ditujukan pada ayahnya itu. Kwon Chun Ho ialah bekas ketua balai polis Eumpyeong yang terpaksa meletakkan jawatan dek kemarahan rakyat terhadap kelembapan pihak berkuasa menyelesaikan kes berkenaan secepat mungkin. Akibatnya, ayah Choi Do Hyun dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup kes itu.

Ini kali pertama mereka bergandingan untuk drama yang sama. Lee Jun Ho dikenali dengan drama seperti KBS Chief Kim, jtbc Just Between The Lovers dan SBS Wok of Love manakala Yoo Jae Myung pastinya dipuji atas keberkesanan melakonkan watak pakar bedah hospital di dalam jtbc Life sehingga merangkul pencalonan Best Supporting Actor 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini.

tvN ‘Confession’ akan mengekplorasikan tema unilateralisme di mana seseorang tak boleh dituduh berdasarkan pengakuan atau testimoninya saja, tetapi berdasarkan kesemua bukti-bukti sedia ada. Ia memfokuskan pada kejadian pembunuhan berlaku pada lima tahun lalu yang belum ada lagi titik noktah penyelesaiannya.  tvN ‘Confession’ akan menggunakan khidmat sutradara Kim Chul Kyu  (“tvN Mother”, “tvN Chicago Typewriter”) yang pernah tercalon Best Director 6th CARI Kdrama Awards dan memenangi ‘Best Drama’ di dalam Paeksang Art Awards tahun 2018.

Sumber: OSEN , is plus

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.