/Derita barah hidung dua tahun, Kim Woo Bin semakin pulih

Derita barah hidung dua tahun, Kim Woo Bin semakin pulih

Kim Woo Bin merupakan pelakon yang agak dikenali dengan adegan-adegan drama yang menyedihkan. Tiada siapa dapat menjangkakan bahawa beliau akan menghidapi penyakit kanser hidung tahap ke-2 setelah melakonkan watak penghidap kanser otak di dalam KBS Uncontrobally Fond dua tahun yang lalu. Susulan daripada itu, beliau gigih menjalani rawatan radioterapi dan kemotrapi bagi memastikan kanser tidak merebak.

Baca lagi : Kim Woo Bin jalani 35x rawatan radioterapi berserta 3x kemo untuk ubati kanser hidung ; Semakin sihat namun bila Kim Woo Bin akan kembali berlakon masih lagi samar-samar

TVC-mall WW
Pertemuan dua mata dengan kekasih tercinta, Shin Min Ah.

Kim Woo Bin yang dilihat ber’dating’ dengan Shin Min Ah pada akhir Disember lalu dan juga keluar berjalan-jalan dengan kawan baiknya, pelakon Lee Jong Suk sehingga ke Hawaii, memberikan sedikit petanda bahawa beliau semakin aktif untuk membuat kemunculan semula. Walaupun begitu, ia juga seolah-olah tak menafikan desas-desus yang menyatakan bahawa Kim Woo Bin cuba untuk menggembirakan dirinya disaat-saat menderita akibat penyakit kanser dialaminya.

Menurut laporan Chosun , Kim Woo Bin dikatakan telah hampir sembuh sepenuhnya dan bersedia untuk menghiburkan penonton dengan filem terbaru. Beliau sedang menimbangkan tawaran filem arahan Choi Dong Hoon walaupun projek filem itu dikatakan telah terhenti sebelum ini.  Agensi Kim Woo Bin pula menafikan kenyataan daripada akhbar Chosun yang mengatakan Kim Woo Bin sedang merancang kemunculannya semula kerana beliau masih memfokuskan untuk memulihkan kesihatannya terlebih dahulu.

Sumber:  sport chosun

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.