/[Ratings] KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 tumpaskan tvN Crowned Clown untuk pusingan pertama

[Ratings] KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 tumpaskan tvN Crowned Clown untuk pusingan pertama

Gandingan Ko Hyung Jung dan Park Shin Yang buat pertama kali tampaknya membuahkan hasil. Drama KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 telah menumpaskan tvN Crowned Clown untuk pusingan pertama dengan kedua-duanya ditayangkan buat pertama kali semalam .

KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 bukan saja mengalahkan tvN Crowned Clown lakonan Yeo Jin Goo dengan watak ‘doppelganger’ nya;  tapi juga menewaskan MBC Less Than Evil lakonan Shin Ha Kyun dan SBS My Strange Hero lakonan Yoo Seung Ho di waktu yang sama. KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 mencatat ratings setinggi  6.7% di seluruh Korea, dan 6.4% di Seoul manakala MBC Less Than Evil  di tempat kedua dengan ratings sebanyak 5.7% di seluruh Korea, dan 6.4% di Seoul mengikut agensi Nielsen. tvN Crowned Clown pula mengutip sekitar 5.7% di seluruh Korea, dan 6.1% di Seoul, satu permulaan baik untuk drama kebel yang baru masuk panggung.

KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 menyaksikan Ko Hyun Jung menjadi jahat buat pertama kali sejak drama MBC Queen Seondok dahulu. ‘Neighborhood Lawyer Jo Deul Ho 2’ yang merupakan sekuel dari musim pertama ini dapat ditonton setiap haru Selasa dan Rabu di cenel KBSW, Astro 391/392 jam 9.10 malam.

Sumber: Nielsen Korea

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.