/Jung Joon Young kini di bawah agensi yang sama dengan Sunmi

Jung Joon Young kini di bawah agensi yang sama dengan Sunmi

Setelah 3 tahun di bawah kendalian C9 Entertainmet, Jung Joon Young kini turut menyertai keluarga MAKEUS Entertainment bersama-sama dengan Sunmi, Urban Zakapa dan Park Won. Agensinya yang terdahulu melaporkan bahawa kedua-dua pihak pengurusan dan Jung Joon Young telah mengakhiri kontrak mereka dengan cara baik, dan bersetuju untuk sentiasa menyokong karier Jung Joon Young.

Selama 3 tahun selepas menandatangani kontrak bersama C9 pada 2016, Jung Joon Young mencipta banyak kenangan yang manis antaranya menjadi ahli tetap rancangan realiti ‘2 Days 1 Night’ , debut sebagai seorang pemain permainan video yang popular iaitu PUBG dan juga melancarkan pembukaan restoran Maison De Coree (Korean House) di kota cinta iaitu Paris pada Oktober 2018 sebagai CMO.

MAKEUS Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga akan menyokong segala aktiviti hiburan dan muzik Jung Joon Young.

Semoga sukses selalu Jung Joon Young!

Sumber: Koreatime, Newsis

Komentar

comments

loading...