/Kim Sang Joong, Chae Si Ra, Ahn Woo Yeon & Shin Do Hyun sertai MBC The Banker

Kim Sang Joong, Chae Si Ra, Ahn Woo Yeon & Shin Do Hyun sertai MBC The Banker

Dari kiri: Kim Sang Joong, Cha Si Ra, Ahn Woo Yeop dan Shin Do Yeon

Produksi drama MBC The Banker telah memantapkan pemilihan pelakon mereka dengan penyertaan Kim Sang Joong (calon Best Actor CARI Kdrama Awards & pemenang daesang 2017 MBC Drama Awards) , Chae Si Ra (pemenang daesang 3 kali) , Yoo Dong Geun (pemenang daesang 2018 KBS Drama Awards) , Ahn Woo Yeon , Shin Do Yeon dan Cha In Ha.

MBC The Banker yang diadaptasikan daripada manga Jepun berjudul ‘Nozaki Shuhei Auditor of Bank’ berkisarkan seorang auditor bank yang baru dilantik terpaksa menerima tekanan kuat daripada pihak atasan untuk menutup penyelewengan berlaku di dalam bank tersebut setelah mengambil pendirian untuk berbuat sesuatu.

Kim Sang Joong dikatakan akan membawa watak sebagai auditor bank tersebut (dalam siri asal dilakonkan oleh Yuji Oda) sambil dibantu oleh pekerja-pekerja bank muda yang sealiran kepala dengannya, yakni dilakonkan oleh Ahn Woo Yeon , Shin Do Yeon dan Cha In Ha.

Cha Si Ra dan Yoo Dong Geun masing-masing akan memegang watak yang pernah dibawakan oleh Nanako Matsushima dan Ikko Furuya, yakni CEO bank serta konco-konconya. Kedua-dua mereka cuba menghalang segala tindakan dilakukan oleh auditor bank tersebut yang akan mendedahkan salah laku pengurusan bank.

MBC The Banker yang akan mendapatkan khidmat pengarah MBC My Daughter, Geum Sa-Wol dan dijangka ditayangkan pada Mac 2019.

Sumber: sport chosun

Komentar

comments

loading...