/Sulli dikecam netizen kerana memuatnaik foto berpeleseran dengan teman lelaki

Sulli dikecam netizen kerana memuatnaik foto berpeleseran dengan teman lelaki

Bekas ahli kumpulan kpop f(x), Sulli dilaporkan mencetuskan kontroversi apabila dengan sengaja memuatnaik gambar-gambar berpeleseran dengan teman lelaki di laman sosial instagram nya di mana salah satunya, Sulli membiarkan lelaki tersebut membaringkan kepala di atas perutnya sambil membayangkan dirinya sedang hamil. Sulli turut meletakkan kapsyen  yang kontroversi, “Rumah Sulli sekarang dipenuhi dengan kasih sayang.”

Kebanyakan netizen mengecam tindakan tersebut yang merasakan tak selesa dengan gambar-gambar ditularkan buat peminat. “Saya tak terkejut jika anak-anak muda akan meniru perbuatan ini, ” kata salah seorang daripadanya. Khabarnya, Sulli menganjurkan parti bersama kawan-kawan terdekat di dalam rumahnya. Manakala, sebilangan lagi mempertahankan tindakan Sulli yang dianggap sebagai privasinya.

TVC-mall WW

Sulli bergiat aktif sebagai pelakon kanak-kanak sebelum menyertai kumpulan kpop F(x) . Album “LA chA TA.” bersama kumpulan itu dilcanarkan pada tahun 2009. Kemudian, pada tahun 2015, Sulli meninggalkan kempulan itu untuk menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan. Antara drama lakonan Sulli termasuklah SBS To The Beautiful You yang merupakan adaptasi drama Jepun, Hana Kimi.

Sumber: heraldcop , Instagram Sulli

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.