/Akhirnya Son Seung Won ditahan kerana kes mabuk memandu dan langgar lari

Akhirnya Son Seung Won ditahan kerana kes mabuk memandu dan langgar lari

Setelah terlibat insiden memandu dalam keadaan mabuk dan kes kemalangan langgar lari, akhirnya Son Seung Won ditahan pihak berkuasa.

Pada 2 Januari, ketua hakim Lee Un Hak dari Mahkamah Daerah Seoul Tengah mengeluarkan waran tangkap untuk Son Seung Won di bawah Undang-undang Hukuman Tambahan terhadap Jenayah Tertentu kerana melarikan diri dari kejadian kemalangan. Waran ini dikeluarkan selepas proses soal siasat yang telah dijalankan.

TVC-mall WW

Hakim Lee Un Hak berkata, “Makhamah telah memperakui kejadian ini, termasuk punca dan perlunya waran tangkap dikeluarkan.”

Polis Gangnam di Seoul sebelum ini memfailkan waran tangkap awal untuk Son Seung Won atas tuduhan melarikan diri dari tempat kejadian kemalangan, memandu dalam keadaan berbahaya, memandu di bawah pengaruh alkohol, dan memandu tanpa lesen. Kesemu kesalahan ini di bawah kes pelanggaran undang-undang lalu lintas yang telah diluluskan oleh Pejabat Pendakwa Daerah Seoul.

Ini adalah kali keempat Son Seung Won ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol. Menurut polis, pelakon tersebut memandu dalan keadaan mabuk kira-kira jam 4:20 pagi KST pada 26 Disember di kejiranan Chungdam ketika dia keretanya melanggar kereta yang lain.

Pada masa kemalangan itu, kandungan alkohol dalam darahnya sebanyak 0.206 peratus, yang  mana ia cukup untuk membatalkan lesennya.  Walau bagaimanapun, lesennya telah dibatalkan pada 18 November lalu kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 3 Ogos 2018 lepas .

Pemandu dan penumpang kereta yang terbabit dalam kemalangan itu mengalami kecederaan. Setelah menyebabkan kemalangan itu, Son Seung Won melarikan diri dari tempat kejadian dan akhinya  ditangkap selepas pemandu teksi dan penduduknya mengejarnya.

Pelakon muzik, Jung Hwi, yang duduk di kerusi penumpang semasa kemalangan itu, telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan menarik diri dari projek muzikalnya.

Son Seung Won telah debut pada tahun 2009 sebagai pelakon muzikal dan telah muncul dalam drama seperti memulakan kerjaya pada tahun 2009 sebagai pelakon muzik dan telah muncul dalam drama popular seperti “Age of Youth 2” dan “Welcome to Waikiki.”

Sumber : m.news1

Komentar

comments

loading...