/Jom abadikan kenangan bersama Hello Kitty & rakan-rakan di Quill City Mall Kuala Lumpur!

Jom abadikan kenangan bersama Hello Kitty & rakan-rakan di Quill City Mall Kuala Lumpur!

Pameran Hello Kitty di Malaysia! Lesen telah didapatkan daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA, Hello Kitty dan rakan-rakan kini di Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur!

Atas permintaan ramai dan mendapat sokongan baik daripada masyarakat, pihak penganjur berbesar hati untuk melanjutkan tempoh pameran Our Sanrio Times sehingga 17 Februari 2019. Pameran Our Sanrio Times merupakan tempat menarik untuk dikunjungi pada hari cuti. Pameran dibuka untuk orang ramai bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam. Jangan lupa dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my atau di kaunter tiket di pintu masuk dewan. Pada mereka yang sudah membeli tiket, tempoh tiket boleh diguna sehingga 17 Februari 2019.

Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kemeja-T ‘Nerdunit byyou’ edisi terhad yang dibuat khas di pameran tersebut. Pengunjung boleh menulis nama sendiri dan memilih nombor serta karakter Sanrio kegemaran untuk diletakkan pada kemeja-T berkenaan. Selain menempah kemeja-T untuk diri sendiri anda juga boleh memiliki kemeja-T berpasangan dengan insan tercinta dan layak menyertai pertandingan ‘Nerdunit byyou Couple T-Shirt Photo Contest. Untuk menyertai pertandingan tersebut, anda perlu ambil foto bersama pasangan, kemudian muat naik dalam Facebook peribadi dan jangan lupa tag tiga orang rakan anda. Kemudian hantarkan link tersebut ke e-mel sale@oursanriotimes.my sebelum pukul 6 petang, 24 Februari 2019. Lima pasangan bertuah akan dipilih dan pengumuman pemenang akan diberitahu pada awal Mac 2019.

Jom memeriahkan pameran Our Sanrio Times yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui kini dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza.


Maklumat pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur:

Tarikh : 24-11-2018 to 17-2-2019

Masa  : 11am to 9pm

Tempat  : Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur

Laman web rasmi   : www.oursanriotimes.my

Laman Sosial Sanrio : Facebook | Instagram

Laman web pembelian tiket : www.ticketcharge.com.my

Hotline : +603 9222 8811


Kategori Tiket  :

– Warganegara Malaysia: RM33

– Tiket istimewa untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar: RM20

– Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60

– Korporat: RM28

*Tiket juga boleh dibeli di kaunter yang disediakan di pintu masuk pameran.

**Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.

***Semua  harga  tiket  adalah  tidak  termasuk  RM2  yuran  pemprosesan.

Tertakluk kepada terma dan syarat.


Mengenai SANRIO

Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia – Sanrio, diasaskan dengan falsafah “Hadiah Kecil, Senyuman Besar” yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur, telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengabadikan kenangan bersama Hello Kitty dan rakan-rakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Komentar

comments

loading...