/[HANGAT-TERKINI] Kai EXO dan Jennie Blackpink SAH ‘dating’

[HANGAT-TERKINI] Kai EXO dan Jennie Blackpink SAH ‘dating’

TERKINI

Agensi pengurusan Kai, SM Entertainment hari ini mengesahkan perkara itu (Kai dan Jennie berpacaran) dengan memberitahu, “Kai dan Jennie memang telah saling tertarik antara satu sama lain.”

YG Entertainment bagaimanapun masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Ketika dihubungi wakil menyatakan, “Kami tidak tahu menahu tentang gossip cinta melibatkan Jennie. Kami masih lagi sedang memeriksa kebenaran perkara itu.”

Apapun tahniah buat Kai  dan Jennie!

TERDAHULU

Permulaan tahun baru 2019 yang sungguh menggemparkan! Kai EXO dan Jennie Blackpink buat media tak senang duduk di hari pertama 2019.

Tabloid tempatan pada hari ini (1 Januari 2019) melaporkan kedua-dua selebriti idol ini sedang bercinta. Pasti berita ini mengejutkan hampir semua peminat K-pop terutama peminat-peminat mereka sendiri.

Media telah berkongsikan gambar-gambar yang diambil menunjukkan Kai dan Jennie menikmati angin malam di sebuah taman pada 25 November lepas. Kai dilaporkan menjemput Jennie dari ‘dorm’ nya dan kemudian menikmati momen-momen ber’dating’ bersama sambil berpegangan tangan serta turut mengambil gambar.

Menurut media Dispatch, kedua-duanya juga dikhabarkan menghabiskan masa bersama di Paris pada bulan Oktober lalu ketika mereka menghadiri pertunjukkan fesyen yang berbeza sempena Minggu Fashion (Fashion Week) . Jennie berada dipertunjukkan fesyen Chanel dan Kai pula menghadiri pertunjukkan fesyen Gucci. Kai juga dikatakan telah menemui Jennie pada 2 Disember sebaik kembali dari Hawaii.

Bagaimanapun, agensi mereka; SM Entertainment dan YG Entertainment belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang mengesahkan atau menafikan perkara ini. Jadi, stay tune guys!

Sumber : Naver | Naver | Naver

Komentar

comments

loading...