/‘Terius Behind Me’ menyinarkan anugerah Daesang buat So Ji Sub di 2018 MBC Drama Awards

‘Terius Behind Me’ menyinarkan anugerah Daesang buat So Ji Sub di 2018 MBC Drama Awards

Anugerah MBC Drama Awards baru sahaja melabuhkan tirainya. Tahun ini, Seohyun SNSD dan Kim Yong-Man diberikan tugas untuk mengacarakan majlis ini. MBC Drama Awards adalah majlis anugerah yang dianjurkan oleh Munhwa Broadcasting Corporation untuk menghargai pencapaian cemerlang drama Korea yang disiarkan di rangkaiannya.

Nampaknya percaturan So Ji Sub untuk kembali menghiasi skrin kecil menerusi drama “Terius Behind Me” selepas dua tahun tidak mengecewakan. Bahkan drama ini juga telah mengangkat So Ji Sub yang membawakan watak Kim Bon menjadi penerima Anugerah Daesang tahun 2018. Dengan kemenangan ini, So Ji Sub telah menewaskan lima lagi calon yang turut merebut anugerah Daesang iaitu Shin Ha Kyun (Less Than Evil), Kim Sun Ah (Children of Nobody), Lee Yoo Ri (Hide and Seek), Chae Si Ra (Goodbye to Goodbye) dan Jung Jae Young (Investigation Couple).

“Terius Behind Me” juga turut merangkul Drama Terbaik Pilihan Peminat dan Best Screenplay. Nampaknya So Ji Sub memberikan aura luar biasa sehinggakan drama ini mendapat perhatian ramai dan paling dinanti-nantikan. Apapun, tahniah buat So Ji Sub dan seluruh tenaga kerja drama “Terius Behind Me”.

Jom saksikan senarai pemenang 2018 MBC Drama Awards

Best New Actor
Kim Kyung Nam (Come and Hug Me)
Lee Joon Young (Goodbye to Goodbye)

Best New Actress
Lee Seol (Less than Evil)
Oh Seung Ah (Secrets and Lies)

Best Supporting Actor and Actress (Weekend Drama)
Jeon Noh Min (Secrets and Lies)
Jung Hye Young (Goodbye to Goodbye)

Best Supporting Actor and Actress (Mini Series)
Kang Ki Young (Terius Behind Me)
Kim Jae Kyung (Bad Papa)

Best Young Actor and Actress
HwangSeokHyun (A Pledge to God)
RyuHanBi (Come and Hug Me)
ShinEunSoo (Bad Papa)
OckYeRin and KimGeonWoo (Terius Behind Me)
ShinBi (Goodbye to Goodbye)
LeeNaYoon (Let’s Hold Hands and Watch the Sunset
JoYeRin (Hide and Seek)

Writer of the Year: Oh Ji Young (Terius Behind Me)

Producer’s Award: Heo Jun Ho (Come and Hug Me)

Golden Acting Award
Weekend Drama – Kang Boo Ja (A Pledge to God)
Mini Series – Heo Jun Ho (Come and Hug Me)

Viewer’s Favorite Drama of the Year: Terius Behind Me

Excellence Award (Weekend Drama)
Jo Bo Ah (Goodbye to Goodbye)
Jung Sang Hoon (My Husband Oh Jak Doo)
Park Joon Geum (My Healing Love)
Lee Kyu Han (Rich Family’s Son)

Excellence Award (Mini Series)
Woo Do Hwan (Great Seducer)
Moon Ga Young (Great Seducer)
Jang Ki Yong (Come and Hug Me)
Jung In Sun (Terius Behind Me)

Top Excellence (Weekend Drama)
Kim Kang Woo (My Husband Oh Jak Doo)
Chae Si Ra (Goodbye to Goodbye)
Lee Yoo Ri (Hide and Seek)

Top Excellence (Best in Series)
Yeon Jeong Hoon (My Healing Love)
So Yoo Jin (My Healing Love)

Top Excellence (Mini Series Wed-Thursday)
So Ji Sub (Terius Behind Me)
Kim Sun Ah (Children of Nobody)

Top Excellence (Mini Series Mon-Tuesday)
Jung Jae Young (Partners for Justice)
Jung Yoo Mi (Partners for Justice)

Grand Prize / Daesang : So Ji Sub (Terius Behind Me)

Dengan kemenangan yang dicatatkan oleh ‘Terius Behind Me’ ini, apakah mungkin drama ini turut tersenarai dalam Top 5 Anugerah CariKDrama 2018? Nantikan keputusannya kelak. Apapun, tahniah pada semua pemenang

Komentar

comments

loading...