/(GEMPAR) Lee Kwang Soo SAH bercinta dengan Lee Sun Bin

(GEMPAR) Lee Kwang Soo SAH bercinta dengan Lee Sun Bin

Penutup tahun 2018 yang manis buat Lee Kwang Soo. Terkini, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin dilaporkan bercinta secara rasminya.

Pada 31 Disember,  media melaporkan  bahawa dua orang selebriti, yang pertama kali bertemu ketika sama-sama menjalani penggambaran “Running Man” pada  September 2016, telah mula berpacaran sejak lima bulan lalu.

TVC-mall WW

Agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship menjawab laporan media itu  mengesahkan, “Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin telah berpacaran selama lima bulan. Selepas keduanya bertemu dirancangan ‘Running Man’, mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih, dan kini mereka saling menemani ke acara masing-masing disamping memperkenalkan diri sebagai pasangan kekasih. ”

Semasa penampilan Lee Sun Bin di “Running Man,” aktres tersebut menyatakan minatnya terhadap Lee Kwang Soo dan menjelaskan, “Cara beliau berbalah membuatkan saya berfikir bahawa kami sangat sesuai.” Jawapan Lee Kwang Soo sangat positif serta ceria, dan pada satu ketika semasa episod itu, dia bergurau, “Saya akan jadi kekasih Lee Sun Bin. Kami akan mengumumkan perkahwinan kami minggu depan. ”

Selepas penggambaran episod bersama-sama, kedua-dua pelakon tersebut menjadi rakan, dan lima bulan lalu, mereka mengambil langkah untuk kenperingkay seterusnya dengan memulakan hubungan sebagai pasangan kekasih.

Malah sebelum mengesahkan hubungan mereka kepada umum, pasangan berkenaan dikatakan secara terbuka memperlihatkan keserasian dan tertarik antara satu sama lain ketika bersama kenalan mereka. Kedua-dua Lee Sun Bin dan Lee Kwang Soo telah memperkenalkan masing-masing kepada rakan-rakan selebriti mereka dan menemani satu sama lain untuk pelbagai aktiviti dengan Lee Kwang Soo merujuk kepada Lee Sun Bin sebagai “teman wanita saya” di khalayak ramai.

Tahniah kepada Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin.

Sumber : Naver | Naver

Komentar

comments

loading...