/[Ulasan Kdrama] OCN Guest : ★★★★☆

[Ulasan Kdrama] OCN Guest : ★★★★☆


OCN The Guest

oleh Aida Senawi

 

Rating Keseluruhan Drama: 8.75

 

1. Cerita (10/10)

TVC-mall WW

Sinopsis
Cerita berkisahkan kejadian misteri dan menyayat hati melibatkan 3 orang budak hingga menyebabkan 2 orang daripadanya kehilangan seluruh ahli keluarga selepas kejadian malam tersebut. Kejadian tu bermula ketika sebuah keluarga dukun bersama seluruh orang kampung itu menjalankan upacara ritual menghalau ‘Sohn’ ataupun ‘tetamu’. Bagi mereka, upacara ini adalah untuk memohon kesejahteraan hidup mereka dan melindungi mereka dari diganggu makhluk halus yang dipercayai tinggal di dalam laut berdekatan tempat mereka tinggal.

Salah seorang dari mereka telah dirasuki hantu tersebut dan terkorban pada malam itu dan menyebabkan semakin banyak peristiwa pelik, seram dan aneh berlaku dalam perkampungan tersebut sehingga melibatkan ramai nyawa yang terkorban. Dan sejarah menceritakan kisah seorang yang bernama Park Il Do adalah pemilik roh jahat tersebut dan telah membunuh ramai penduduk dikawasan itu pada puluhan tahun lampau. Dan 20 tahun selepas kejadian berdarah itu, secara kebetulan dan ditakdirkan ketiga-tiga mereka dipertemukan kembali dan bergabung bagi menyelesaikan beberapa kes misteri yang dipercayai mempunyai kaitan dengan roh jahat milik Park Il Do.

Review
Secara keseluruhan cerita complete dengan sedih, marah, geram dengan segala macam rasa yang membuatkan penonton akan sentiasa cemas dan berdebar untuk tahu kesudahan bagi episode tragedi ngeri bagi ketiga-tiga mereka serta melibatkan nyawa orang-orang sekeliling mereka. Setiap turun naiknya drama ni, memang takkan buat penonton boring dan rasa cerita ini meleret-leret. Jalan cerita pun tidak terlalu complicated. Cuma cara sang penulis ingin mengekalkan kemisterian pada watak Park Il Do itu mungkin akan buat penonton rasa geram dan buat rasa ingin tahu siapakah Park Il Do yang sebenarnya. Siapakah yang menjadi mangsa ‘tumpangan jasad’ Park Il Do yang menjadi punca kepada kejadian-kejadian aneh dan misteri itu berlarutan dan membuat penonton ingin tahu bagaimanakah pengakhiran bagi roh jahat tersebut.

Dan drama ini sangat mempertaruhkan nasib mangsa yang yang terlibat setiap kali mereka berdepan makhluk-makhluk halus yang dikuasai oleh roh Park Il Do. Setiap adegan cemas memang sukar untuk diramal kesudahan bagi setiap kes tersebut. Credit diberikan kepada barisan pelakon yang sangat-sangat berbakat dan bijak dalam membawa watak masing-masing dengan jayanya. Drama seram paling epik bagi tahun 2018.

2. Keberkesanan Lakonan (10/10)

Kim Dong Wook (Best Actor)

Memegang watak Yoon Hwa Pyung, salah seorang dari watak utama dalam drama The Guest ini. Bakat lakonan Kim Dong Wook tidak boleh disangkal lagi selepas beberapa kejayaan beliau berlakon dalam beberapa filem besar, dan dalam drama ini beliau membawa watak seorang pemandu teksi dan merupakan salah seorang mangsa yang pernah dirasuki roh Park Il Do dan tekad untuk membalas dendam dan menghapuskan roh tersebut kerana kesan dari kisah rasukan yang dialaminya itu, beliau kehilangan ibu dan nenek kesayangannya.

Walaupun cuba dihalang oleh atok dan sahabat baiknya Yook Gwang (Lee Won-Jong) yang merupakan seorang pawang yang handal menghalau hantu, namun Hwa Pyung tetap gigih untuk bertemu dan mencari sendiri roh Park Il Do tanpa memikirkan risiko dan kesan bahaya yang bakal menimpa dirinya. Selain itu juga beliau mempunyai kelebihan meniru tindak tanduk kepada mangsa yang telah dirasuk roh Park Il Do. Dengan kelebihan yang beliau miliki ini jugalah sedikit sebanyak dapat misi pemburuan beliau ingin membalas dendam terhadap Park Il Do.

Kim Jae Wook (Best Supporting Actor)

Memegang watak sebagai Choi Yoon atau Mattew/Mateo, seorang paderi muda yang handal dalam mengubati pesakit yang melibatkan makhluk-makhluk halus dan roh-roh jahat. Seorang yang lebih suka bersikap dingin dan agak pendiam. Antara orang penting yang membantu Hwa Pyung dalam misi mencari roh Park Il Do dan menyelamatkan semua mangsa-mangsa rasukan roh suruhan Park Il Do. Namun dalam menyelamatkan nyawa orang lain, beliau juga sebenarnya mempertaruhkan nyawa beliau sendiri kerana tugas beliau juga sangat berat dan sangat berbahaya.

Jung Eung Chae (Best Supporting Actress)

Memegang watak Kang Gil Young, seorang detektif yang ditugaskan sangat berdedikasi dalam menyelesaikan segala kes jenayah yang beliau kendalikan. Beliau seorang yang tidak mempercayakan perkara-perkara karut dan tahyul oleh sebab itu di awal cerita beliau sangat sukar untuk mempercayai kewujudan roh jahat Park Il Do adalah punca berlakunya beberapa kes misteri dan aneh yang melibatkan nyawa beberapa orang mangsa. Sangat-sangat kagum dengan adegan lawan yang dilakonkan oleh beliau yang tanmpak

Kebiasaan watak perempuan dalam drama-drama seperti ini pasti digambarkan seorang yang lemah, tidak boleh diharap, selalu yang jadi punca masalah. Tapi watak Gil Young dalam drama ini ibarat wujudnya 1 lagi watak lelaki dalam diantara mereka bertiga. Walaupun drama ini melibatkan polis/detektif, gambaran bertapa Gil Young ini mampu melawan pihak lawan tanpa menggunakan sepucuk pistol pun. Takda aksi tembak-menembak. Tapi untuk part lawan-lawan, dia POWER! Itulah kemampuan dia yang buat aku kagum gila! Even kalau ada cemas tanpa Mateo ataupun Hwa Pyung, penonton takkan rasa ragu dengan kemampuan Gil Young untuk handle keadaan cemas itu. Dia bijak handle situasi. Power.

 

3. Aspek Teknikal (Lakon Layar, Teknik Pengarahan, Sinematografi) (10/10)

Pengarah adalah pengarah yang sama direct drama Black dan Voice 1. Bagi yang pernah menonton kedua-dua drama pasti familiar dengan style arahan Kim Hong-Sun. Every shot, setiap angle on point. Sang director tahu macam mana nak tarik penonton, bermain dengan setiap teka-teki yang mereka sudah aturkan. Credit juga buat scriptwriter yang berjaya merangka jalan cerita dengan sangat tersusun dan teraturnya. Dibantu pulak dengan daya kreatif sang pengarah berjaya memvisualisasikan drama ni dengan gambaran yang sangat ohsem.

 

4. Skor Muzik (0/5)

Zaful WW

(Penulis enggan memberikan komen)

5. Kebarangkalian untuk Tonton Semula (5/5)

 

Editor :” Penulis ini menghantar ulasan ini berdasarkan kupasan dibuatnya menerusi blog Kdrama Heartu.”

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.