/[Ulasan Kdrama] tvN ‘Prison Playbook’ : ★★★★★

[Ulasan Kdrama] tvN ‘Prison Playbook’ : ★★★★★

Rating Keseluruhan Drama:

Drama lakonan Park Hae Soo dan Jung Kyung Ho, “Prison Playbook” ini telah menjadi pilihan penulis untuk review serta menyatakan pandangan daripada sudut peribadi penulis. P/s: this gonna be a super long review, so please bear with me.

1. Cerita (9.5/10)

Sejujurnya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi terhadap drama ini. I mean, what can you expect from a drama about prison other than it must be full of crooks and swearing? Even though this drama looks promising from the director and scriptwriter teams to Jung Kyung Ho, but I had my doubts.

Pertama: jalan cerita. Penjara? Nah, apa sangatlah yang kita boleh dapat daripada cerita mereka yang di dalam penjara?

Kedua: barisan pelakon yang walaupun tak semua, tetapi banyak muka baharu.

Tetapi saya tonton juga cerita ini kerana Jung Kyung Ho yang setakat ini belum pernah mengecewakan saya dengan pilihan-pilihan dramanya. Selepas menonton drama ini, ternyata telahan saya salah sama sekali.

Drama bertemakan penjara ini penuh dengan isi serta pengajaran yang boleh dikutip. Benarlah, apa yang kita nampak pada luaran, tak menggambarkan dalaman. Luarannya kita hanya nampak sebuah bangunan besar yang dipenuhi jeriji besi serta kelihatan dingin, tetapi kita lupa bahawa dalamannya masih mempunyai kehangatan yang tak dapat digambarkan.

Walaupun jalan ceritanya agak skeptikal iaitu tentang banduan, kes buli, gangster, dadah dan lain-lain perkara negatif lagi, tetapi ia mampu disampaikan dengan baik. Pengarah dan penulis berjaya membawakan kelainan kepada jalan cerita yang orang lain fikir akan sama, tetapi ternyata berbeza. Drama ini penuh dengan babak yang tak dijangka. Sesuatu yang bagus sebenarnya kerana ia membuatkan penonton ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya.

Drama ini juga mengisahkan persahabatan antara Kim Je Hyuk dan Lee Joon Ho yang berkawan sejak mereka kecil, tetapi terputus hubungan setelah Lee Joon Ho memilih untuk berhenti bermain besbol manakala Je Hyuk memilih untuk meneruskan impiannya menjadi pemain besbol. Mereka bertemu semula ketika Joon Ho serta tiga orang seniornya makan di sebuah restoran yang kerap dikunjungi oleh pemain-pemain Nexen (sebuah pasukan besbol yang sangat terkenal). Saya terharu sebenarnya semasa menonton pertemuan semula mereka berdua. Je Hyuk yang menegur Joon Ho dulu membuatkan senior-senior Joon Ho terkejut kerana mereka tak percaya setiap kali Joon Ho kata dia merupakan kawan baik Je Hyuk. Well, knowing from Je Hyuk’s personality a.k.a the ignorant one, saya tak expect dia akan tegur Joon Ho dulu lol.

Dengan hanya sepatah, “Hey, Lee Joon Ho” dan “Joon Ho ya” berjaya mematikan segala ketidakpercayaan tiga orang senior tersebut. Dan semasa Je Hyuk memperkenalkan Joon Ho kepada pemain-pemain senior Nexen, saya jadi tambah terharu.

Je Hyuk, “sunbaenim, this is my friend. He’s my very best friend. He’s my favorite friend.

Selain itu, kita dapat lihat dalam episod 11, betapa kepercayaan Je Hyuk kepada Joon Ho tak berbelah bahagi. Dia tahu dan percaya Joon Ho akan halang dia daripada membunuh Crony di saat dia tak dapat mengawal dirinya lagi. Awww. Memang #friendshipgoals.

Sewaktu menonton drama ini, saya terlupa bahawa ia merupakan sebuah drama yang dipenuhi dengan muka-muka baharu. Lakonan mereka terlalu berkesan dan menyentuh hati para penonton, jika bukan semua, setidaknya saya. Ia buat saya teringat, pengarah drama ini memang suka memilih muka-muka baharu untuk dramanya (Reply series), dan ternyata pilihan beliau tepat sekali.

Jika anda mencari sebuah drama yang membawakan tema berat tetapi disampaikan dengan penuh santai, “Prison Playbook” merupakan jawapannya. Anda dapat belajar tentang persahabatan, keluarga, air mata, kegembiraan dan kemanusiaan. Selepas tamat menonton drama ini, saya menyedari sesuatu. Setiap orang mempunyai cerita mereka sendiri. Bukan mereka tak mahu berkongsi cerita itu, cuma kadangkala mereka tak diberikan kesempatan untuk berkongsi. Dan sejahat mana pun manusia itu, pasti ada satu sisi dalam dirinya yang penuh kebaikan.

2. Keberkesanan Lakonan (10/10)

Park Hae Soo (Best Actor)

Malunya untuk saya mengakui bahawa inilah kali pertama saya benar-benar menyedari kehadiran Park Hae Soo walhal saya pernah menonton dua buah dramanya sebelum ini iaitu Six Flying Dragons dan Legend of the Blue Sea, tetapi mukanya langsung tak terdaftar dalam ingatan saya.

Tetapi bagus juga begitu. Setidaknya watak Kim Je Hyuk yang Park Hae Soo bawakan ini akan sentiasa segar dalam ingatan saya. Bagi saya, Park Hae Soo membawakan watak Je Hyuk dengan sangat baik. Walau tanpa sebarang kata-kata, dia masih berjaya menyampaikan watak Je Hyuk dengan sangat baik. Cukuplah dengan hanya mimik muka dan kerlipan matanya yang comel itu sudah cukup membuatkan kita faham apa yang cuba disampaikannya.

Pertama kali mengenali Je Hyuk, kita dapat lihat dia merupakan seorang pemain besbol yang terkenal dan ramai peminat. Tetapi dia sebenarnya dungu dan jahil tentang dunia lain selain dunia besbol. Well, kita pun tahu tak ada manusia dalam dunia ni yang sempurna and Park Hae Soo does a fine job in bringing dim and ignorant Je Hyuk to life.

Tetapi semakin saya ‘jatuh’ ke dalam drama ini, semakin saya menyedari yang Je Hyuk ni sebenarnya taklah sedungu yang kita sangkakan. Bagi saya, Je Hyuk ni seorang yang simple-minded dan dia terlalu mengambil berat tentang orang di sekelilingnya. I truly love it.

Je Hyuk ni bijak sebenarnya. Dia bijak menggunakan situasi yang ada dan menukarnya menjadi sesuatu yang advantage kepada dia. Lol. Strangely, I couldn’t be mad at him for using it to his advantage. Saya suka setiap kali dia minta sesuatu atau minta kebenaran daripada warden penjara. Bila dia panggil warden penjara sebagai ‘hyung’ dan kenyit dua belah matanya, dia tahu warden penjara akan terus tunaikan pemintaannya hahaha. Tapi saya tahu, setiap permintaan tu, bukanlah untuk kepentingan diri dia seorang.

I guess my favorite thing about Je Hyuk is that he is so kind and humane. Saya sangat suka melihat cara dia deal dengan Crony a.k.a Dong Ho (Ahn Chang Hwan). Ia sesuatu yang benar-benar di luar jangkaan saya. Saya fikir dia akan tumbuk Crony sekali lagi, tetapi tekaan saya salah lagi. Dia tawarkan Crony menjadi catcher dia dan sejak itu, Crony terlalu setia kepada Je Hyuk; bos baharunya. Saya suka tengok cara dia melayan Crony. Walaupun pada mulanya dia agak janggal dengan segala tindak-tanduk Crony, tetapi lama-kelamaan dia faham Crony buat begitu kerana terlalu terhutang budi kepadanya.

Jung Kyung Ho (Best Actor)

Saya rasa tak perlulah lagilah saya perkenalkan siapa Jung Kyung Ho. Bagi saya, beliau merupakan seorang pelakon yang sangat pandai bermain mimik muka dan membawakan watak-wataknya dengan baik serta penuh perasaan.

Jung Kyung Ho yang membawakan watak sebagai Lee Joon Ho, seorang pegawai penjara dan juga kawan baik Je Hyuk yang selalu ada di sisi Je Hyuk ketika senang mahupun susah. He can read Je Hyuk like a book.

Walaupun Joon Ho kawan baik Je Hyuk, dia terpaksa merahsiakan daripada pengetahuan semua orang di penjara. Dan saya mesti gelak besar setiap kali orang menggelar Joon Ho sebagai Je Hyuk’s die-hard-fan, padahal Joon Ho ni kawan baik Je Hyuk, tapi Joon Ho hanya mampu menerima sahaja gelaran tersebut tanpa boleh menyangkalnya hahaha.

Bagi saya, Jung Kyung Ho memang pilihan yang tepat dalam membawakan watak Joon Ho. Joon Ho walaupun nampak kasar pada luarannya, tetapi dalamannya sangat baik dan bertimbang rasa. Semakin saya ‘jatuh’ ke dalam drama ini, semakin saya menyedari yang saya telah jatuh cinta kepada Joon Ho.

He’s so selfless when it comes to Je Hyuk. He will literally do anything for Je Hyuk. Walaupun sudah bertahun mereka terputus hubungan, tetapi the moment dia tahu Je Hyuk akan dihantar ke pusat tahanan tempatnya bekerja, dia terus mencari masa untuk berjumpa dengan Je Hyuk. Dan apabila Je Hyuk dipindahkan ke penjara, dia sedaya upaya memohon untuk ditukarkan tempat kerja ke penjara Je Hyuk ditempatkan, demi Je Hyuk.

Muka Joon Ho semasa Je Hyuk beritahu yang dia pernah menghidap kanser tells us everything. Matanya menunjukkan betapa dia menyalahkan dirinya kerana tak pernah tahu selama ini, walhal dia mengaku yang dia merupakan kawan baik Je Hyuk. My hearteu~

Bromance Joon Ho dan Je Hyuk antara penyebab saya terus stay dengan drama ini.

Lee Kyu Hyung (Best Supporting Actor)

Lee Kyu Hyung menyampaikan watak Yoo Han Yang a.k.a Looney dengan sangat baik, membuatkan saya terfikir, tiada pelakon lain mampu membawakan watak Looney sebaik Lee Kyu Hyung.

Looney, a druggy. Seorang yang suka cari pasal, tetapi dalam masa yang sama menjadikan jalan cerita drama ini lebih seronok untuk ditonton.

Tidak keterlaluan jika saya katakan Looney merupakan antara penggerak utama drama ini. Tanpa watak Looney, drama ini mungkin akan jadi agak dull. Looney berjaya memeriahkan jalan cerita drama ini cukuplah dengan hanya kehadirannya sahaja. Saya suka setiap interaksi Looney dengan his cellmates. Saya suka setiap kali dia cari pasal dengan Jung Woo, KAIST dan Min Chul.

Saya suka setiap kali melihat Looney seakan budak-budak apabila berada bersama Je Hyuk. Dia suka baring di peha Je Hyuk dan Je Hyuk hanya membiarkannya. Apabila withdrawal symptoms Looney semakin teruk, ada satu malam tu, dia tidur di atas lantai. Je Hyuk angkat dia dan letak dia di atas tilamnya. That tells us everything. Walaupun Looney tu suka cari pasal, tetapi mereka semua menyayangi Looney.

Looney dan Jung Woo ibarat Tom & Jerry. Asyik bergaduh je kerjanya. Setiap kali bercakap, mesti bergaduh. Kalau tak bercakap pun, mesti akan bergaduh. Menghiburkan betul dua orang budak tadika ni! Saya rasa semua pegawai penjara di Wing 2 tu memang tahu Looney dan Jung Woo ni asal jumpa je memang akan bergaduh xD

Tetapi, ada satu scene Looney dan Jung Woo yang menyentuh hati saya. Selepas Jung Woo tahu abang dia telah dipecat, dia jadi risau dan tak tahu nak cakap apa kepada abang dia bila abang dia datang melawat dia kelak. And out of desperation, dia minta nasihat daripada Looney. The way Looney terus bangun daripada baring dan duduk tegak menunjukkan yang dia bersedia untuk mendengar masalah Jung Woo membuatkan hati saya tersentuh. Walaupun Looney sangat annoying, tetapi kata-kata dia selepas mendengar masalah Jung Woo berjaya menyentuh hati saya.

Looney, “you want your brother to be happy, right? But you need him too. Tell him, you’re really really really sorry, but you really need him.

Dan buat pertama kalinya, Jung Woo tak marah atau baling barang kepada Looney sebab ambil coklat Jung Woo tanpa kebenaran. Hahaha.

Saya suka reaksi Looney setiap kali dia terkejut atau marah atau tak puas hati. Sangat comel, dan saya rasa itu salah satu bakat yang ada pada Lee Kyu Hyung.

Cuma saya sedih dengan kesudahan cerita Looney. I was kinda expected it, but I was lowkey hoping at least not to Looney. But well, reality is hard and you have to accept it.

Jung Woong In (Best Supporting Actor)

Lt. Paeng. Seorang pegawai penjara yang suka mencarut, tetapi sebenarnya sangat baik. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi banduan yang dia sayangi.

Jung Woong In menzahirkan watak Lt. Paeng dengan jayanya. Lt. Paeng bukan seorang yang suka berkata-kata manis, tetapi hatinya terlalu lembut dan baik. Dia sanggup nak larikan Je Hyuk dari penjara agar Je Hyuk boleh dibawa ke hospital, dia belikan makanan sedap untuk Dr. Ko yang dimasukkan ke hospital sedangkan dia hanya makan maggie di convenience store, dia ambil berat tentang Jung Woo dan percayakan Jung Woo, setiap hari dia bawakan berita pembedahan KAIST kepada cellmates KAIST agar mereka tak risau dan tak tertanya-tanya akan keadaan KAIST, dialah yang paling gembira bila tahu Min Chul akan dilepaskan dengan parol serta dia juga yang menangis semasa beritahu Min Chul yang Min Chul terpilih dalam program Christmas Special Pardon, dan dialah yang paling gembira bila tahu Looney berusaha keras untuk tak ambil dadah lagi.

Dia ibarat ayah buat para banduan ini. Dia ibarat ayah yang tak perlu cakap banyak, cukuplah tindakannya membuktikan yang dia sebenarnya sayang dan ambil berat akan mereka.

Jung Hae In (Best Supporting Actor)

Lemme tell you, Jung Hae In in uniform is dayum! *drooling*

Jung Hae In memegang watak sebagai Yoo Jung Woo a.k.a Captain Yoo. Dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan membunuh askar bawahannya dan sejak itu mendapat gelaran “Demon Captain”.

Pada mulanya, Jung Woo seorang yang berhati dingin, tak mahu langsung ada kaitan atau melibatkan diri dalam apa jua yang cellmates dia lakukan. Dia siap bagi amaran lagi kepada mereka supaya jangan libatkan dia. Dia boleh dikatakan banduan yang antisocial. Dia tak ambil hirau tentang dunia di sekelilingnya.

Saya faham kenapa dia jadi begitu. Tuduhan membunuh yang dijatuhkan ke atasnya walhal dia tak bersalah membuatkan dia putus asa dan malas untuk masuk campur dalam hal orang lain. Perjalanan kisah Jung Woo sangat menyentuh hati saya. Betapa dia terlalu membenci dunia kerana menjatuhkan hukuman ke atas dirinya yang langsung tak bersalah. Betapa mereka terus menghakiminya tanpa memberikannya peluang untuk membela diri. Dan sejak itu, I’m rooting for his retrial and release. Walaupun kita tak ditunjukkan apakah pengakhiran kepada retrial kesnya, tetapi mengetahui yang petition for his retrial is granted, itu sudah cukup buat kita semua.

Tetapi semakin cerita ini berjalan lebih jauh, kita dapat melihat beberapa sisi Jung Woo yang lain. Dia seorang kapten yang baik, menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak buahnya. Malah Private Park yang dikatakan dibunuh oleh Jung Woo menulis di dalam jurnalnya, betapa dia terlalu menyanjungi Captain Yoo dan dia mahu menjadi ketua seperti Captain Yoo. Sebelum itu kita disajikan dengan beberapa flashback tentang Captain Yoo dan Private Park. You can see how much Captain Yoo cares about Private Park. And how dare you labelled him as ‘Private Park’s murderer’ and ‘Demon Captain’???

Saya juga suka dengan hubungan adik-beradik Jung Woo dan abangnya. Pada mulanya hubungan mereka sangat janggal. Dengan beza usia 12 tahun, ramai tak percaya mereka adik-beradik. Tapi si abang sanggup berkorban demi retrial kes adiknya dan membersihkan nama adiknya sehingga sanggup dibuang kerja gara-gara terlalu sibuk dengan kes adiknya. Babak paling menyentuh hati saya, masa si abang beritahu Jung Woo yang dia jumpa seorang saksi kejadian pembunuhan Private Park dan saksi itu mengatakan, Sergeant Oh yang bunuh Private Park. Tangisan Jung Woo ketika itu…

Jung Hae In membawakan watak Yoo Jung Woo dengan sangat baik. Luarannya nampak dingin, tetapi dia sangat baik hati dan bertimbang rasa. Bila dia selamatkan Officer Song, dia juga yang selamatkan Looney masa dia merasakan yang Looney dalam bahaya. Begitu juga kepada anak-anak buahnya termasuklah Private Park dan Corporal Joo. All we can see is that he cares, but the world that he once believed in turned their back on him and that makes him a cold-hearted Yoo Jung Woo.

Sekali lagi saya kagum dengan para pelakon yang tak perlu bercakap banyak, cukuplah hanya dengan mimik muka tetapi berjaya menzahirkan wataknya dengan baik. Begitu juga Jung Hae In. He does a really good job in delivering Yoo Jung Woo.

Choi Moo Sung (Best Supporting Actor)

Kim Min Chul. Dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1995. Dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, kemudian dikurangkan kepada 25 tahun, dan pada tahun ke-22 dia di dalam penjara, dia diberikan keampunan.

Terlalu banyak yang pak cik ini telah lalui sepanjang 22 tahun dia meringkuk di dalam penjara. Bagi saya, pak cik ini terlalu naif dan baik hati. Dia membunuh bukan kerana dia jahat, tetapi kerana mahu menyelamatkan kawan baiknya. Saya tahu itu bukan justification untuk kita membunuh seseorang, tetapi setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Menurut isterinya dalam drama ini, dia seorang yang sangat baik. Dan sepanjang 16 episod drama ini, I couldn’t agree more.

Pak cik ini dipenjarakan tanpa sempat mengetahui bahawa isterinya hamil. Dan 22 tahun kemudian, anak perempuannya datang melawatnya di penjara (tanpa pengetahuan isteri Min Chul) sebagai pelajar tahun akhir yang mahu menemu bual Min Chul untuk thesis-nya. Min Chul tak tahu kenapa dia rasa sangat selesa dengan pelajar perempuan tersebut. Selepas beberapa pertemuan, barulah Min Chul tahu pelajar perempuan itu ialah anak perempuannya gara-gara dia terlihat rantai yang dipakai pelajar itu yang selama ini disorokkan pelajar itu. Tangisan Min Chul ketika itu terlalu menyayat hati. Dan apabila pelajar itu memanggilnya ‘ayah’, saya tak tahu kenapa saya rasa sedih. Dan selepas itu apabila mendengar doa yang dipinta Min Chul kepada Tuhan menambah lagi kesayuan di hati ini.

Mungkin sebab Min Chul pernah cakap, kalau dia ada anak perempuan secomel anak Dr. Ko, dia sanggup walaupun meringkuk dalam penjara seumur hidupnya. Dan tanpa disangka, kata-katanya itu menjadi kenyataan. Dia sebenarnya mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan membesar sebagai gadis yang baik.

Watak Min Chul ditonjolkan sebagai watak yang kuat dan sangat matang serta redha menerima nasibnya. Tetapi bila melihat dia menangis teresak-esak di bahu Je Hyuk selepas pengumuman Christmas Special Pardon di televisyen dan dia terpilih buat saya menyedari sesuatu, “orang yang kuat pun, ada ketika pasti air matanya akan tumpah.”

Park Ho San (Best Supporting Actor)

Park Ho San layak diberikan pujian atas kejayaannya membawakan watak Kang Dul Choo a.k.a KAIST.

Bukan senang okey bagi pelakon yang boleh bercakap normal terpaksa melakonkan watak yang pelat bercakap a.k.a lisp. A round of applause for Park Ho San!

KAIST ni antara watak yang membuatkan drama ini jadi lebih menarik dan kelakar untuk ditonton. Tidak keterlaluan juga jika saya katakan, selain Looney, KAIST juga antara nadi utama drama ini. Walaupun dia banyak mengarut, tetapi semua karutan dia tu kelakar sebenarnya. Dan semua pergaduhan antara dia dan Looney tak pernah buat saya kering gusi.

KAIST digambarkan sebagai seorang yang happy-go-lucky, dan tak kisah pun apa orang sekeliling cakap tentang dia. Dia ada banyak know-how dalam penjara. Kiranya dia ni memang up-to-date la dengan semua yang berlaku dalam penjara.

Tapi tak sangka, sebenarnya ada juga kisah sedih di sebalik watak KAIST. Kisah tentang isteri dan anak yang dia tinggalkan demi seorang perempuan kaya, dan selepas bertahun-tahun si isteri melawat si suami di penjara demi anak mereka yang menghidap penyakit hati tahap serius.

Selepas dimaklumkan yang KAIST akan dibawa kembali ke penjara, saya ternanti-nanti akan KAIST. Tapi sedih bila tahu dia telah dipindahkan ke Medical Wing. Mungkin sebab lepas apa yang berlaku di hospital, KAIST yang kita pernah lihat selama ini bukanlah KAIST yang sama lagi. OKbye.

Apa-apa pun, saya kagum dengan Park Ho San. Tahniah!

Pujian juga harus diberikan kepada semua para pelakon pembantu yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk tontonan kita semua.Tanpa anda pelakon pembantu, akan cacatlah sesebuah drama itu. Tahniah!

3. Aspek Teknikal (Lakon Layar, Teknik Pengarahan, Sinematografi)  (9.5/10)

Drama ini bertemakan penjara dan kehidupan di dalam penjara serta sisi-sisi lain penjara yang kita tak pernah tahu. Saya merasakan drama ini benar-benar menzahirkan tema yang sepatutnya. Dunia di dalam penjara itu sesuatu yang asing buat saya, dan sudah semestinya apabila menonton drama ini, saya mahukan satu kepuasan sama ada dari segi penceritaan, lakonan mahupun persekitaran. Tahniah buat pasukan Prison Playbook kerana anda semua telah berjaya!

Sepanjang menonton drama ini, saya rasa sangat berpuas hati. Malahan flashback yang ada pun terlalu smooth, tak mengganggu perjalanan drama ini. Cuma ada satu babak yang buat saya keliru. Maaf, tak ingat babak mana, tapi first impression saya ialah, “ini masa bila ek?” Tapi tak apa, itu hanya masalah kecil dan tak mengganggu fokus saya kepada drama ini.

Saya suka style yang pengarah gunakan iaitu beliau buat kita seperti seolah-olah menonton filem, tetapi kita sebenarnya sedang menonton drama.

Teknik peralihan babak pun tak ketara dan saya rasa smooth sahaja semasa menontonnya.

Untuk sinematografi pula, saya (dan semua penonton) pun maklum, tak dinafikan lagi tvN antara cable channel yang menyajikan sinematografi paling ummphh dan picturesque.

4. Skor Muzik (4/5)

Prison Playbook menyajikan beberapa runut bunyi yang menarik perhatian saya dan menambah lagi rencah ke dalam drama ini. Antara lagu-lagu pilihan saya ialah:

Eric Nam – Bravo, My Life. Seperti versi yang lama, lagu yang diberikan nafas baharu ini berjaya menarik perhatian saya untuk terus mendengarnya.

Park Boram – Like A Dream

5. Kebarangkalian untuk Tonton Semula (5/5)

Komentar

comments

loading...

Too many dramas, too little time