/Selepas Bang Yong Guk, kini Zelo pula tinggalkan B. A. P

Selepas Bang Yong Guk, kini Zelo pula tinggalkan B. A. P

Nampaknya kini kumpulan B. A. P tinggal berempat. Ogos lalu, ketua kumpulan ini, Bang Yong Guk telah tamat kontrak dengan agensinya TS Entertainment dan ini membuatkan beliau buat keputusan meninggalkan B.A.P untuk bergerak secara solo.

Terbaru, Zelo yang juga telah tamat kontraknya dengan TS Entertainment turut menarik diri dari B.A.P. Untuk pengetahuan Zelo dan Yong Guk merupakan lead dan main rapper bagi kumpulan ini. Setelah keduanya meninggalkan B.A.P, kini yang boleh mengisi posisi rap adalah Himchan. Namun, bolehkan beliau menyempurnakan tugasan rapping ini dengan baik?

Berikutan kontrak Zelo tamat, TS Entertainment telah mengeluarkan kenyataanm ereka:

“Hello. Ini adalah TS Entertainment. Kami ingin memberitahu anda bahawa kontrak TS Entertainment dan Zelo B.A.P telah berakhir. Zelo, yang menandatangani kontrak dengan kami pada 2 Disember 2011 mengakhiri kontraknya pada 2 Disember 2018 dan secara rasminya beliau menarik diri daripada B.A.P. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Zelo yang telah cuba memberikan yang terbaik sepanjang bersama kami dan kumpulan B.A.P sehingga ke akhirnya. Kami akan terus menyokong karier Zelo pada masa yang akan datang. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong serta menunjukkan kasih sayang terhadap B.A.P dan Zelo sehingga kini. “

Kami ucapkan selamat maju jaya buat Zelo dan juga kumpulan B.A.P.

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...