/Park Shi Hoo & Jang Hee Jin, dari kekasih kepada pendakwaraya-suspek di dalam CSTV Babel

Park Shi Hoo & Jang Hee Jin, dari kekasih kepada pendakwaraya-suspek di dalam CSTV Babel

Tahun 2018 merupakan permulaan kerjaya yang baik buat Park Shi Hoo setelah bertahun-tahun dihalang kemunculannya di stesen tv kerana bergelut dengan kes mahkamah melibatkan tuduhan rogol oleh seorang wanita.  Selepas KBS My Golden Life dan KBS Lovely Horribly, Park Shi Hoo kembali semula dengan drama terbaru berjudul “Babel” terbitan cenel CSTV / TV Chosun bersama Jang Hee Jin (“tvN Introverted Boss” , “KBS On The Way To Airport”).

Park Shi Hoo akan melakonkan watak Cha Woo Hyuk, seorang ketua jabatan pendakwaraya yang tegas,  memiliki sifat berani, dan akan membuat apa saja untuk membalas dendam. Beliau bertemu dengan pelakon wanita yang sudah berkahwin lalu jatuh cinta terhadapnya. Jang Hee Jin akan membawa watak pelakon wanita itu yang bernama Han Jung Woon.

Secara tiba-tiba, Ha Jung Woon menjadi suspek di atas tuduhan membunuh suaminya, yakni anak chaebol syarikat terkemuka, Kwangsan Group. Cha Woo Hyuk terpaksa bertindak mendakwa Ha Jung Woon di dalam mahkamah walaupun mencintai wanita itu dengan sepenuh hati. Kim Hae Sook, pemenang Best Supporting Actress 3rd CARI Kdrama Awards turut menyertai produksi dengan menjadi ibu mertua kepada Han Jung Woon bernama Shin Hyun Sook, seorang wanita sangat berpengaruh dan semestinya mahu menuntut bela di atas kematian anaknya.

CSTV Babel bakal diarahkan oleh Jung Seong Sik (“KBS Hwarang”, “KBS Bridal Mask”) dan disiarkan pada pertengahan Januari tahun 2019.

Sumber: sport chosun

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.