/Kang Sung Hoon akan diusir keluar daripada SECHKIES ?

Kang Sung Hoon akan diusir keluar daripada SECHKIES ?

Pasti berita ini agak mengejut buat kesemua peminat Sech Kies, yakni kumpulan kpop yang paling lama bertahan ini sebelum kembali apabila ura-ura mengatakan Kang Sung Hoon mungkin akan disingkirkan keluar tak lama lagi sebaik saja kontraknya bersama YG Entertainment berakhir.

Khabarnya, YG Entertainment telah memberikan kata dua untuk tidak meneruskan kontrak Kang Sung Hoon sebagai ahli tetap Sech Kies yang akan tamat pada bulan Mei tahun hadapan. Kang Sung Hoon telah ditahan oleh YG Entertainment untuk muncul di mana-mana aktiviti atau konsert melibatkan Sech Kies gara-gara isu khianat kepada peminatnya. Antaranya, konsert Sech Kies dibuat pada pertengahan Oktober lepas dan aktiviti promosi album terbaru tanpa kehadiran beliau.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak agensi hiburan tersebut menyebut , “Syarikat mengalami kerugian agak dasyat kerana peminat sudah hilang kepercayaan dan tak boleh berpatah balik lagi. Malah, ia menjadi lebih teruk.”

Kang Sung Hoon yang sebelum ini membatalkan pertemuan bersama peminat di Taiwan, telah dituduh melakukan khianat terhadap peminatnya dengan menyeleweng duit persatuan mereka. Susulan daripada kontroversi itu, Kang Sung Hoon segera membatalkan aktivitinya, memohon maaf dan menulis surat secara terbuka kepada peminatnya di laman instagram miliknya. Namun, hampir kesemua peminat Sech Keis tetap mendesak  Kang Sung Hoon keluar daripada kumpulan tersebut.

Sech Keis ditubuhkan pada tahun 1996 dan pernah dibubarkan pada tahun 2000 sebelum kembali semula pada tahun 2016. Antara lagu-lagu mereka popular termasuklah Road Fighter (1998) , Reckless Love (1998) , Com’ Back (1999) dan Be Well (2017).

Sumber: donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.