/Jin Goo dan Seo Eun-Su berganding bersama untuk drama JTBC ‘Legal High’

Jin Goo dan Seo Eun-Su berganding bersama untuk drama JTBC ‘Legal High’

Masih ingat kah Jin Goo dari drama KBS2 ‘Descendents of The Sun’ yang melakonkan watak seorang askar yang berwibawa tapi lagi sasa ini?

Beliau akan melakonkan watak seorang peguam yang penuh berkarisma dalam drama JTBC ‘Legal High’ yang akan dimainkan pada awal Februari tahun hadapan, juga bergandingan bersama adalah Seo Eun-su dari drama kBS2 ‘My Golden Life’ , tvN The Smile That Has Left Your Eyes dan Youtube Top Managements.

TVC-mall WW

Jin Goo membawa watak Ko Tae Rim sebagai seorang yang sangat angkuh tetapi berpengalaman sehingga dikatakan tak pernah kalah dalam beberapa kes yang ditandinginya di mahkamah. Akan tetapi, Seo Eun-su pula memegang watak sebagai Seo Jae In, seorang yang prihatin dan sentiasa sudi membantu kliennya yang terperangkap dalam keadaan yang susah. Jae In nekad untuk berkerja bersama-sama dengan Tae Rim untuk menyelesaikan kes-kes mahkamah yang susah. Selain mereka, pelakon Yoon Park dan Chae Jung Ahn turut sama terlibat.

Drama ini yang mendapat sutradara Kim Jung Hyun (“tvN Hwayuki”, “MBC Gu Family Book”) dan penulis skrip Park Sung Jin sebenarnya dihasilkan dengan genre yang sama di Jepun yang bertajuk ‘Rigaru Hai’ disiarkan oleh Fuji TV pada tahun 2012 dan 2013. JTBC ‘Legal High’ ini akan ditayangkan sejurus selepas drama ‘SKY Castle’ pada jam 11pm, hari Jumaat dan Sabtu di saluran JTBC.

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton gandingan mereka berdua ni!

Sumber: Naver

Komentar

comments

loading...