/Drama Return dan Mr. Sunshine kuasai rating tontonan tertinggi 2018

Drama Return dan Mr. Sunshine kuasai rating tontonan tertinggi 2018

Kita semakin sampai ke penghujung tahun 2018. Banyak drama-drama Korea dari pelbagai stesen telah ditayangkan atau masih lagi dalam tayangan. Sudah berapa banyak drama tahun ini telah anda tonton? Tahukah anda, drama apakah yang mendapat jumlah tontonan tertinggi sepanjang 2018 dan sekaligus menjadikan ia drama yang baik serta popular?

Pada 21 Disember, satu laporan mengenai  satu laporan baru menyenaraikan drama miniseri yang mendapat rating tontonan  tertinggi pada 2018 (mengikut data yang dikeluarkan oleh Nielsen Korea). Laporan tersebut mengambil kira semua miniseri yang disiarkan antara 1 Januari sehingga 20 Disember 2018, termasuk drama yang disiarkan di rangkaian siaran awam (SBS, KBS, dan MBC) dan drama yang disiarkan di rangkaian siaran kabel (seperti JTBC, MBN, tvN, OCN, dan banyak lagi).

TVC-mall WW

Drama SBS “Return” yang disiarkan dari 17 Januari hingga 22 Mac, menduduki tempat pertama dalam ranking drama miniseri yang paling banyak tontonan pada tahun 2018. Drama bertemakan thriller misteri ini mendapat mendapat perhatian di seluruh negara dengan mencatatkan tontonan tertinggi sebanyak 17.4 peratus dan 20.1 peratus pada waktu kemuncak. Drama ini mengisahkan yang mendebarkan mengenai seorang peguam dan derektif yanh menyertai pasukan penyiasat yang menyiasat kes pembunuhan golongan elit.

Walaupun menghadapi cabaran getir kerana terpaksa menggantikan pelakon utama drama “Return” dipertengahan jalan akibat konflik di antara pelakon kelas A, Go Hyun Jung dan kakitangan produksi, drama ini masih tetap mencatatkan jumlah tontonan tertinggi di antara miniseries yang ditayangkan sepanjang tahun 2018.

Seorang wakil dariapada bahagian drama SBS mengulas, “Pengarah Joo Dong Min, yang memgemudi drama ‘Return’, kini sedang mengarahkan drama  ‘The Last Empress.’ Sesuatu yang tidak menyangka kerana ‘The Last Empress’ juga berjaya mencatatkan pertambahan jumlah tontonan dalam kadar yang singkat. Teruskan menyokong kami. “

Jom ambil tahu 11 drama miniseries yang mendapat tontonan paling tinggi pada tahun 2018:

1. SBS’s “Return”
2. tvN’s “Mr. Sunshine”
3. KBS 2TV’s “The Miracle We Met”
4. tvN’s “Encounter” [masih ditayangkan]
5. tvN’s “Prison Playbook”
6. SBS’s “Should We Kiss First”
7. SBS’s “30 but 17”
8. SBS’s “The Last Empress” [masih ditayangkan]
9. KBS 2TV’s “Black Knight”
10. tvN’s “100 Days My Prince”
11. MBC’s “Less than Evil” (Bad Detective) [masih ditayangkan]

Apa pula drama terbaik pilihan anda tahun ini?

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...