/7 Drama Cina & Siam terhangat ini hanya disiarkan di Dimsum saja bermula Disember 2018

7 Drama Cina & Siam terhangat ini hanya disiarkan di Dimsum saja bermula Disember 2018

Pada 19 Disember, platform streaming Dimsum mengumumkan tayangan eksklusif drama baru Cina lakonan pelakon Taiwan Chen Bolin dan Jing Tian, The King of Blaze, boleh ditonton atas talian setiap Selasa hingga Jumaat. Drama ini merupakan adaptasi komik/manhua Taiwan karya You Su Lan. Kisah fantasi alam perwira ini mempunyai 61 episod yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah zaman purba di zaman Dinasti Tang, manakala bahagian kedua pula dalam zaman moden. Pelakon lain dalam drama ini adalah Zhang Yi Jie, Lai Yu Meng dan Sun Shao Long.  

 

Dalam bahagian rancangan variati pula, ikuti kisah perjalanan bintang Hong Kong Nicholas Tse dalam Chef Nic 2018, mengembara merentasi pelbagai negara dimana beliau menemui pelbagai elemen masakan yang menjadi asas penting makanan tempatan sesuatu tempat.

  • The King of Blaze | Selasa hingga Jumaat 12am

Beribu tahun dahulu, terdapat sebuah planet yang indah di kalangan bintang-bintang di mana para Dewa Dewi tinggal. Antaranya ada Dewa Api dan Dewi Angin. Walau bagaimanapun ketenangan tidak kekal lama kerana ketibaan Puak Gelap. Dalam peperangan dengan Puak Gelap, Dewi Angin telah terkorban kerana menyelamatkan Dewa Api. Bagi mencari sumber tenaga baru untuk menyelamatkan planet mereka, Dewa Api mengembara ke Bumi dan bersatu dengan kelahiran semula Dewi Angin, mula-mula di zaman purba ketika zaman Dinasti Tang dan kemudiannya di zaman moden sebagai saintis dan wartawan. Walau di zaman manapun mereka berada keduanya tidak dapat mengelak dari takdir untuk mempertahankan tanah tumpah darah mereka serta cinta antara mereka.

  • Till We Meet Again | Isnin hingga Jumaat 9pm

Kisah fantasi romantik zaman berzaman ini mengisahkan pencarian Cai Yue dalam mencari kelahiran semula Sun Wukong dalam diri Zhao Yao Jin. Walau bagaimanapun Yao Jin tidak ingat apa-apa tentang kehidupan lepas atau pun percaya kisah “Journey To The West”. Berdepan dengan masalah cinta hati dia yang langsung tiada ingatan tentang dirinya, bagaimanakah Cai Yue dapat memperolehi kemaafan atas kesilapan kelahiran yang lepas?

 

  • Girls Power | Semua 92 episod

Tema ketenteraan Marin terlatih ini mengisahkan bagaimana perjalanan berani sekumpulan wanita muda untuk menjadi tentera marin. Siri penuh inspirasi ini  lakonan Liu Xiang Ci, Chen Chen Wen, Luo Ping, Yang Qing dan Xiao Xiao Ying.

 

  • Chef Nic | Setiap Ahad 1am

Pelakon Hong Kong, Nicholas Tse bertukar menjadi Chef Nic ini meneruskan musim kedua siri hit “food travelogue” dengan pengembaraan ke lokasi-lokasi dari China hingga ke Eropah termasuk Greece, Czech Republic, Russia, Turki dan juga destinasi seperti Chengdu di China yang terkenal dengan makanan tempatan. Dalam rancangan 12 episod ini, Chef Nic kembali pada minat dia yang asal iaitu memasak, meneroka kulinari tempatan dengan memasak dan menyediakan makanan di dapur penduduk tempatan. Tetamu undangan Chef Nic termasuklah kawan baik dan bintang-bintang terkenal seperti Jay Chou, Daniel Wu, JJ Lin, Zhang Liang Ying, Liza Wang, Charmaine Sheh dan ramai lagi.

 

Drama Thai Love Destiny yang berjaya menawan hati penonton tempatan dan antarabangsa semasa ditayangkan juga akan datang ke dimsum bersama drama fantasi The Gifted dan drama romantik komedi Confusedly in Love.

 

  • Love Destiny | Semua 40 episod

Drama berlatar belakangkan Thailand kira-kira 300 tahun dahulu ini mengisahkan gadis zaman moden Kadesurang (Ranee Campen) yang mengalami kemalangan kereta, terjaga dalam badan Karaket, Gadis Bangsawan yang hidup di abad ke 15 Kerajaan Ayutthaya. Karaket dibenci oleh semua orang kerana manja dan nakal, terutama sekali dibenci oleh tunang dia Det (Thanavat Vatthanaputi), yang mencintai gadis lain. Walau bagaimanapun Karaket dijampi hingga mati kerana cubaan membunuh pesaing cinta dia. Ketika di sana Kadesurang melakukan kerja-kerja baik untuk cuba membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Karaket dengan harapan dapat kembali ke zaman sekarang. Sikap baik dan optimistik Kadesurang semakin lama semakin dapat menambat hati semua orang termasuk Det.  

  • Confusedly in Love | Semua 14 episod

Selepas ditinggalkan teman wanita untuk kali ketiga, tomboi Tulyana (Ice Preechaya) mengambil keputusan untuk jatuh cinta dengan jejaka pula. Dia cuba bermain cinta dengan senior yang berjaya membuka hati kewanitaan dalam diri Tulyana, tetapi ia tidak semudah yang disangka kerana senior tersebut menganggap dia seperti adik perempuan sahaja. Kemudian muncul pula Methakawin (Nine Naphat), bos baru Tulyana yang menyimpan dendam terhadapnya kerana dia pernah merampas teman wanita beliau. Setelah permusuhan bertukar menjadi cinta, adakah Methakawin dapat menerima dia seorang tomboi sebagai teman wanita?

 

  • The Gifted | Semua 13 episod

Dalam siri saspen fantasi sains ini, sekumpulan pelajar “istimewa” terpilih menyertai Program Pelajar Berbakat (Gifted Programme) di Ritdha. Amat memeranjatkan apabila Pang (Korapat Kirdpan), pelajar miskin grade 10 tiba-tiba lulus tempat Pelajar Berbakat atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Pang dan kawan-kawan baru dia mula merasa pelik dengan kelas bila mengetahui bahawa program tersebut adalah untuk mencari potensi istimewa masing-masing. Hidup mereka mula berubah bila kuasa mutlak yang sepatutnya memenuhi impian mereka telah menjadi masalah. Bakat mereka juga mulai mendedahkan rahsia sekolah tersebut yang cuba disembunyikan.

 

Maklumat lanjut, layari website dimsum.asia, dimsum official Facebook (facebook.com/dimsum.my) atau Instagram 

 

Komentar

comments

loading...