/“Hidup aku hancur kerana pembohongan engkau” – Yoo Seung Ho di dalam SBS My Strange Hero

“Hidup aku hancur kerana pembohongan engkau” – Yoo Seung Ho di dalam SBS My Strange Hero

Imbasan kisah lalu dalam episod SBS My Strange Hero ditayangkan semalam menuju ke puncak apabila krisis berpanjangan antara Kang Bok Soo (Yoo Seung Ho), Son Soo Jung (Jo Bo Ah) dan Oh Se Ho (Kwak Do Yeon) telah menyebabkan Kang Bok Soo dibuang sekolah.

 

Kang Bok Soo seorang panas baran tapi romantik dan sangat setia pada cinta. Kasih sayang Kang Bok Soo terhadap Son Soo Jung ditunjukkan secara spontan menerusi aksi tekup mulut bagi menyembunyikan kelibat diri mereka daripada perhatian Oh Se Ho, yakni bekas kekasih Son Soo Jung. Disebabkan Oh Se Ho tak dapat menerima hakikat kekasihnya dirampas Kang Bok Soo, dia seolah-olah merancang sesuatu supaya Oh Se Ho dimalukan. Dan, kerana terlalu ghairah mempertahankan cinta pertamanya terhadap Son Soo Jung, Kang Bok Soo terus membiarkan dirinya dituduh sebagai samseng sekolah atas sebab telah menyebabkan kecederaan kepada pelajar lelaki bernama Oh Se Ho.  Akibat daripada itu, Kang Bok Soo dihukum buang sekolah.

TVC-mall WW

Setelah hampir sembilan tahun, Kang Bok Soo kembali semula  untuk membalas dendam. Dia mendapati Son Soo Jung dan Kwak Do Yeon bekerja sebagai cikgu di sekolah tersebut. Pertautan semula mereka di atas bumbung Sekolah Tinggi Sulong yang tak terjangka itu telah menyebabkan Kang Book Soo kemudian melontarkan kata-kata kecaman terhadap mereka.

“Hidup aku hancur kerana pembohongan engkau, ” kata Kang Bok Soo melepaskan geramnya terhadap mereka.

“Aku tak berbohong sama sekali. Kenapa kau tak percayai aku, Soo Jung?,” jerit Bok Soo lagi.

Mungkinkah kemudian terjadinya sesuatu yang telah mengubah anggapannya terhadap Son Soo Jung? Apakah yang menyebabkan Kang Bok Soo berubah hati dan mencintai Son Soo Jung sekali lagi?

Drama ini dapat disaksikan di cenel K-PLUS setiap hari selasa dan rabu jam 9.45 malam. Anda juga boleh menyertai sayembara  K-PLUS dengan menjawab ‘keyword’ yang disediakan setiap minggu dan  semestinya anda bakal dijanjikan hadiah berbentuk tablet pintar.

Sumber: SBS news

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.