/Haechan NCT terkehel tulang kaki, terpaksa berehat dari sebarang aktiviti

Haechan NCT terkehel tulang kaki, terpaksa berehat dari sebarang aktiviti

Agensi SM Entertainment memaklumkan ketidaklibatan Haechan dalam siri aktiviti NCT seterusnya kerana Haechan telah mengalami kecederaan di kaki sewaktu sedang mengadakan persediaan raptai untuk melakukan persembahan.  Tulang tibia kaki kanannya didapati telah terkehel menyebabkan dia terpaksa berehat sepenuhnya.

“Haechan akan dikosongkan dalam jadual aktiviti NCT untuk tahun hadapan, dan akan memfokuskan rawatan fisioterapi seperti seperti disarankan oleh doktor, ” kata wakil SM Entertainment tersebut.

Baru-baru ini, Haechan telah menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Animasi Dreamworks, Troll dan juga sedang bergiat untuk projek album terbarunya bersama NCT.

Sumber: OSEN , sport donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.