/BTS kembali ke layar perak menghiburkan peminat

BTS kembali ke layar perak menghiburkan peminat

Bersedia Army  seluruh Malaysia, BTS kembali di layar perak dengan “Love Yourself In Seoul” .Ianya adalah rakaman konsert jelajah “Love Yourself ”  di Seoul. Sementara menunggu “oppa” Tony Fernandes umumkan konsert BTS di Malaysia bolehlah berlatih menyanyi “fan chant” di dalam wayang GSC. Tayangan konsert ini akan diadakan sehari sahaja iaitu hari Sabtu 26 Januari di seluruh dunia.

GSC telah menyatakan di Twitter , filem konsert ini akan ditayangkan di 36 lokasi GSC. Terdapat 6 waktu tayangan iaitu 10:30 am, 1:10pm, 3:50pm, 6:30pm, 9:10pm dan 11:50pm.  Harga tiket ialah RM50.  Anda juga boleh ikut halaman rasmi filem “Love Yourself in Seoul” : https://loveyourselfinseoul.film/ untuk maklumat terkini dan tarikh jualan tiket.

TVC-mall WW

   GSC turut menyatakan filem ini tiada sari kata kerana ianya ada rakaman seluruh konsert BTS di Seoul. Jadi untuk yang dah tengok “Burn The Stage”  ini  adalah set lengkap kerana filem itu langsung tiada satu lagu penuh atau persembahan  cuma cerita di balik tabir sahaja. Saksikan BTS dengan lagu-lagu hits mereka dan tambahan persembahan solo dari ahli-ahli BTS. Konsert ini telah diadakan pada 25 dan 26 Ogos yang lalu di Stadium Seoul Olympic.  Kita nantikan pengumuman lebih lanjut GSC untuk 36 lokasi wayang-wayang tersebut.

Sumber: GSC, Big Hit Entertainment

TAGS:

Komentar

comments

loading...