/[Gempar] Tak cukup dengan satu konsert, Blackpink hadiahkan satu lagi buat peminat

[Gempar] Tak cukup dengan satu konsert, Blackpink hadiahkan satu lagi buat peminat

Wah, nampaknya kuat betul penangan fenomena K-POP di Malaysia. Jika tidak masakan kumpulan BLACKPINK begitu diberi perhatian oleh peminat di sini.

Kuala Lumpur, 16 Disember 2018 – Penjualan tiket konsert BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR yang  dilancarkan pada 12 Disember 2018 lalu begitu mendapat sambutan luar biasa apabila tiket habis dijual dalam masa dua hari.

TVC-mall WW

Ramai BLINKS (kelab peminat BLACKPINK)  terlepas peluang untuk membeli tiket konsert dan berharap agar pihak penganjur dapat memberikan peluang untuk bertemu idola kesayangan mereka.

Maka disebabkan itu, penganjur MacpiePro berbesar hati untuk menganjurkan satu lagi konsert BLACKPINK 2019 WORLD [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR pada 24 Februari 2019, pada jam 6 petang di Stadium Malawati, Shah Alam (iaitu sehari selepas konsert pertama pada 23 Februari 2019).

Tiket konsert akan dijual pada harga yang sama iaitu RM273 (Zon Biru), RM373 (Zon Hijau), RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah) dan RM693 (Zon BLINK).

MacpiePro akan membuka jualan tiket secara ‘offline’ selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2018 pada pukul 12 tengah hari di pusat membeli-belah  yang terpilih iaitu;

  • Atria Shopping Gallery
  • Mcalls Digital Lifestyle Stores di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan Paradigm Mall JB
  • Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang
  • Booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4)

Manakala jualan tiket secara dalam talian menerusi laman web rasmi MacpiePro
(www.macpiepro.com) akan dibuka pada 31 Disember 2018, bermula tepat pukul 12 tengah hari.

Memandangkan HITS Deal Mcalls juga mendapat sambutan yang menggalakkan pada jualan kali pertama, Mcalls memperkenalkan semula pakej ini khas untuk BLINKS.

Dengan pembelian mana-mana Pakej HITS, BLINKS berpeluang menikmati HITS Deal yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tiket pertama dan 10 peratus untuk pembelian tiket kedua untuk zon Merah.  Selain itu, BLINKS juga dapat menikmati Internet berkelajuan tinggi, panggilan ke semua rangkaian tempatan dan SMS percuma setiap bulan! BLINKS juga akan mendapat jaminan kemasukan (Guaranteed Entry) dan berpeluang memenangi pas ‘soundcheck’. Mereka juga tidak perlu bimbang akan kehabisan tiket  atau perlu beratur dalam barisan yang panjang!

HITS Deal boleh dibeli pada 18 sehingga 30 Disember 2018, bermula pukul 12 tengah hari dilaman web rasmi Mcalls dan boleh juga mendapatkannya di

  • Mcalls Digital Lifestyle Stores di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan Paradigm Mall JB
  • Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang
  • Booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4)

Jadi pada BLINKS yang belum sempat membeli tiket konsert BLACKPINK, anda masih berpeluang untuk membelinya. Pastikan anda membeli dari pihak yang betul dan bukan menerusi ulat tiket. Yang penting, sila dapatkannya awal sebelum kehabisan untuk kali yang kedua.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak penganjur; MacpiePro kerana begitu bertimbang rasa dengan keluhan peminat-peminat KPOP amnya, dan peminat BLACKPINK khasnya.

Komentar

comments

loading...