/MAMA 2018 cetus kontroversi; Twice menang 3 kali Song of The Year berturut-turut tewaskan ikoN , BTS & Blackpink

MAMA 2018 cetus kontroversi; Twice menang 3 kali Song of The Year berturut-turut tewaskan ikoN , BTS & Blackpink

Mnet Asian Music Awards atau MAMA 2018 yang dianjurkan oleh CJ E&M menerusi cenel muzik mereka; Mnet, baru sahaja melabuhkan tirainya. Dengan tema  “Challenge, Passion, Dream”, majlis ini berlangsung untuk tiga hari di tiga negara dengan tiga pengacara yang berbeza. Jung Hae In, Park Bo Gum dan Song Jong Ki dipilih sebagai pengacara bagi anugerah ini.

Majlis MAMA 2018 bermula di Korea pada 10 Disember lalu dengan tumpuan diberikan kepada artis baru dan profesional dalam bidang muzik, sebelum beralih kepada anugerah Pilihan Peminat di majlis yang berlangsung di Jepun pada 12 Disember.

Anugerah ‘Worldwide Icon of the Year’, yang kali pertama diperkenalkan tahun ini dinobatkan kepada BTS. Keseluruhannya, BTS dilihat ,mendominasi kemenangan pada tahun 2018 dengan membawa pulang sembilan anugerah termasuk anugerah utama ‘Daesang’. Kehebatan mereka tidak perlu diragui lagi biarpun mereka juga berdepan dengan pelbagai masalah kerana BTS juga manusia biasa.

Manakala TWICE pula adalah satu-satunya kumpulan yang memenangi ‘Song of The Year’ buat kali ketiga berturut-turut di mana kali ini menerusi lagu ‘What is Love’ selain memenangi empat lagi anugerah yang lain.

Wanna One pula memenangi empat anugerah termasuk mengekalkan kemenangan buat kali kedua berturut-turut untuk kategori ‘Best Male Performance’.

MAMA juga turut mengiktiraf penyanyi-penyanyi di Asia (selain Korea) yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Bukan sekadar meraikan para penyanyi, anugerah ini turut meraikan pencapaian terbaik mereka yang berada dibelakang tabir atau lebih dikenali sebagai pemuzik professional. Namun, anugerah MAMA ini tidak pernah lari dari dikaitkan dengan kontroversi. Antaranya isu ketelusan penjurian MAMA sehingga diboikot oleh SM Entertainment. Khabar angin juga mengatakan bahawa YG juga turut menjalankan modus yang sama di mana artis naungan mereka yang tercalon tidak hadir ke majlis anugerah ini. Kali ini isu ‘Song of the year’ agak hangat diperkatakan. Ada yang mengatakan lagu ‘Love Scenario’ nyanyian iKON dan BTS ‘Fake Love’ sepatutnya menang. Biasalah, lumrah pertandingan ada yang menang dan sebaliknya.

Kami kongsikan penemuan beberapa twit yang mencuri perhatian kami.

Baiklah, tanpa membuang masa jom ketahui kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di Mnet Asian Music Awards 2010 (MAMA 2018).

MAMA 2018 Korea (10 Disember)

Best New Asian Artist: The Toys (Thailand), Orange (Vietnam), Dean Ting (Mandarin), Marion Jola (Indonesia), Hiragana Keyakizaka46 (Japan)
Best Engineer: LalellmaNino, Java Finger
Best Composer: Dean (under name Deanfluenza), highhopes (Dean’s “Instagram”)
Best Producer: Pdogg
Best Choreographer: Son Sung Deuk (BTS’s “IDOL”)
Best Art Director: MU:E (BTS’s “Fake Love”)
Best Executive Producer: Bang Shi Hyuk
Best Video Director: LO Ging-zim
Best of Next: (G)I-DLE
Best New Artist (Male): Stray Kids
Best New Artist (Female): IZ*ONE
DDP Best Trend: Wanna One

MAMA 2018 Japan (12 Disember)

Worldwide Icon of the Year: BTS
Worldwide Fans’ Choice Top 10: TWICE, MONSTA X, NCT 127, NU’EST W, Wanna One, BLACKPINK, GOT7, MAMAMOO, SEVENTEEN, BTS
Favorite Music Video: BTS’s “IDOL”
Favorite Vocal Artist: MAMAMOO
Favorite Male Dance Artist: BTS
Favorite Female Dance Artist: TWICE
Favorite Dance Artist Japan: Bullet Train
MAMA Style in Music Award: MONSTA X

MAMA 2018 Hong Kong (14 Disember)

Best Unit: Wanna One Triple Position

Best Vocal Performance Solo: Heize

Best OST: SEVENTEEN – “A-TEEN”

New Asian Artist: IZ*ONE

Mwave Global Choice: BTS

Best Dance Performance Female Group: TWICE

TikTok Most Popular Artist: GOT7

Best Hip Hop & Urban Music: Zico – “Soulmate” (featuring IU)

Best Band Performance: Hyukoh – “Love Ya!”

Inspiration Award: Janet Jackson

Best Asian Style: BTS

Discovery of the Year: MOMOLAND

Best Male Artist: Roy Kim

Best Dance Performance Solo: Chungha

TikTok Best Music Video: BTS’s “IDOL”

Best Vocal Performance Group: iKON

Best Asian Artist: Peck Palitchoke (Thailand), Afgan (Indonesia), Huong Tram (Vietnam), Da Pump (Japan), JJ Lin (Mandarin)

Best Female Group: TWICE

Best Dance Performance Male Group: SEVENTEEN

Best Female Artist: Sunmi

Best Male Group: Wanna One

Album of the Year: BTS – “Love Yourself: Tear”

Song of the Year: TWICE – “What Is Love?”

Artist of the Year: BTS

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah juga buat BTS kerana tahun 2018 sememangnya tahun yang paling bersinar buat kumpulan ini.

Sumber : MAMA 2018

Printscreen twitter dikreditkan kepada pemegang akaun twitter masing-masing

Komentar

comments

loading...