/Yoo Ah In dinobatkan antara 12 pelakon terbaik sedunia tahun 2018 oleh New York Times

Yoo Ah In dinobatkan antara 12 pelakon terbaik sedunia tahun 2018 oleh New York Times

Yoo Ah In, pelakon muda berbakat besar dan versatil, telah membanggakan negaranya tersendiri apabila tersenarai dalam 12 pelakon terbaik pada tahun 2018 oleh portal New York Times menerusi lakonannya di dalam filem Burning arahan Lee Chang Dong seorang penulis novel yang hidup dalam kepayahan jatuh cinta dengan seorang gadis sewaktu diminta menjaga ladangnya sementera ayahnya dibebaskan, sehingga pada suatu ketika menjadi pengendap berbahaya kerana terlalu obses terhadapnya.

Yoo Ah In turut dibariskan bersama pelakon-pelakon lagenda dan hebat seperti Glenn Close (“Wife”) , Emma Stone (“The Favorite”) , Rachel Weisz (“The Favorite”), Olivia Colman (“The Favorite”) , Julia Robert (“Ben is Back”) , Ethan Hawke (“First is Reformed”) dan Toni Collette (“Hereditary”). Beberapa pelakon baru juga tersenarai seperti Elsie Fisher (“Eight Grade”) dan Lakeih Stanfield (“Sorry To Bother You”). Hanya Yoo Ah In dan Yalitzia Aparicio , pelakon yang bukan daripada Hollywood yang berjaya tersenarai. Filem ‘Burning’ turut dihantar oleh Korea untuk pertimbangan kategori Best Foreign Language Oscar pada tahun hadapan.

Menurut komen salah seorang pengkritik daripada New York Critic Circle , “Yoo mungkin seorang yang berkarisma di Korea tapi di dalam filem ini, lakonannya telah menunjukkan sebaliknya – seorang langsung tak berkarisma. Kamu mungkin terpedaya dengan wajah kacak dimilikinya, tetapi sebenarnya ia memberi persepsi salah bahawa orangnya ialah sama dari mula hingga ke akhir.”


Walaubagaimanapun, para pengkritik New York Critic Circle menobatkan Ethan Hawke dan Regina Hall masing-masing sebagai pemenang Best Actor dan Best Actress untuk tahun 2018. Ini juga bukan kali pertama pelakon dari Korea diberikan pengiktirafan berkenaan apabila Kim Hye Ja dan Yoon Jeong Hee turut menerima anugerah Best Actress oleh Los Angeles Critic Awards. Untuk rekod di negaranya tersendiri, Yoo Ah In turut mendapat pencalonan  kategori Best Actor di dalam Grandbell Film Awards dan Blue Dragon Film Awards meskipun tertewas masing-masing di tangan Hwang Jung Min serta Lee Sung Min (“The Spy Gone North”),  dan Kim Yoon Seok (“1987: When The Day Comes”).

Sumber: New York Times

Komentar

comments

Admin Kmania.