/“Rasa bangga kami serupa” – Kim Jung Hyun merujuk pada ‘kembar’ seirasnya, Jung Hae In

“Rasa bangga kami serupa” – Kim Jung Hyun merujuk pada ‘kembar’ seirasnya, Jung Hae In

Nama Kim Jung Hyun mungkin tak asing buat penonton drama korea kerana namanya yang agak sama dengan pelakon Kim Jung Hyun (“MBC Time” , “KBS School 2017”) , tapi sebenarnya beliau ditugaskan untuk menjadi juruhebah berita terbitan MBC. Ironinya , beliau bukannya seorang pelakon mahupun selebriti tapi seorang professional yang mempunyai rupa laksana model.

Ada penonton menyamakan Kim Jung Hyun dengan pelakon Jung Hae In kerana rupa mereka yang seakan-akan kembar seiras. Mereka sebenarnya tiada pertalian darah.  Hal ini mungkin membimbangkan Kim Jung Hyun kerana pengaruh besar dimiliki oleh pelakon itu boleh menyebabkan orang tak pandang pada bakat dan usaha dilakukannya selama ini.

Kim Jung Hyun duduk di sebelah kiri sekali dalam temubual ‘Radio Star’ semalam. Dari jauh, kelihatan Jung Hae in, tapi bila diamati secara dekat, mereka tak sama.

“Kadang-kadang apabila rupa kami yang seiras selalu disebut-sebut sangat , saya merasakan ia suatu beban. Saya tak pernah terfikir diri ini serupa dengan Jung Hae In sampaikan satu masa saya terasa nak berhenti. Tapi, sekarang saya rasa macam bangga pula kami serupa  , ” kata Kim Jung Hyun yang tak endah lagi persepi netizen terhadapnya.


Ditanya adakah dia gugup apabila kali pertama tampil dalam program besar seperti MBC Radio Star, Kim Jung Hyun mengakuinya dan tak pernah menyangka diberi peluang emas sebegitu. ” Saya diarahkan selepas pengacara asal tak dapat menghadiri ‘talk show’ berkenaan. Pada mulanya, saya rasa kurang adil untuk menempatkan orang baru seperti saya, tapi selepas dijelaskan secara baik oleh pihak berkenaan, maka saya dengan berat hati menerimanya.”

Kim Jung Hyun menyertai stesen tv MBC sebaik saja selesai menghabiskan ijazahnya di Seoul National University , universiti paling berprestij di Korea. Kim Jung Hun memperoleh ijazah dalam bidang Bahasa Jerman dan Linguistik.

Sumber: ytn star

Komentar

comments

Admin Kmania.