/Lee Jong Suk sindir penulis skrip?

Lee Jong Suk sindir penulis skrip?

Rupanya perkongsian Lee Jong Suk menerusi akaun instagramnya pada 27 November lepas menimbulkan pelbagai reaksi penonton. Pelakon ini dikatakan mencetuskan kontroversi menerusi perkongsian di akaun intagramnya memandangkan drama siri pendek lakonannya ‘Hymn of Death’ kini yang ditayangkan di SBS. Drama tiga epiosde ini akan tamat pada hari ini (4 Disember).

Pada hari ini, pelakon tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar menerusi instagramnya dengan kapsyen, “Hari ini adalah tayangan episod yang terakhir. Saya merasakan saya mendapat pujian berlebihan tentang lakonan saya melebihi segalanya.”

View this post on Instagram

오늘이 마지막회🙋‍♂️ 무엇보다 연기 칭찬 많이 받아서 기분 좋아요☺️ 고생하셨습니다 #사의찬미


A post shared by 이종석 (@jongsuk0206) on

Walaubagaimanapun, setelah tayangan perdana ‘Hymn of Death’ kira-kira seminggu yang lalu, Lee Jong Suk berkongsi perihal pendapat peribadinya tentang drama tersebut. Antara kapsyen yang ditulis oleh Lee Jong Suk berbunyi  “Saya berasa senang dengan respons serta jumlah tontonan yang baik melebihi jangkaan saya. Ianya baik untuk SBS, harap anda gembira dan terus maju. Teruskan mengeluarkan lebih banyak lagi drama pendek. Dan, saya merasakan penceritaan serta permainan emosi drama ini ada sedikit kekurangan. Saya percaya, anda pasti dapat mengatasinya dengan kuasa produksi. “

Pelbagai tafsiran dari segenap penonton mengenai perkongsian pelakon itu. Sesetangahnya ,melabelkan pelakon itu bersikap biadap terhadap penulis skrip dan ada juga menyatakan “pelakon popular” sedang menunjukkan “sikap kepura-puraannya”. Mereka yang mengkritik Lee Jong Suk menyatakan, “Sungguh biadap.”, “Beliau agaknya merasakan dirinya adalah seorang pelakon yang terhebat atau apa sebenarnya”, “Adakah beliau cuba untuk mencetuskan perbalahan dengan penulis skrip?”

Dalam situasi yang berbeza, ada juga beberapa penonton dilihat setuju dengan Lee Jong Suk yang mengkritik jalan cerita drama tersebut. Mereka juga meninggakan komen menyatakan, “Saya mula menonton drama ini kerana teaser nya nampak hebat dan menarik, tetapi memang betul 100% jalan ceritanya tidak seperti yang diharapkan, ianya sangat lemah. Lee Jong Suk tidak mengenakan sebarang bayaran untuk membintangi drama tersebut kerana beliau sangat tertarik dan begitu minat kronologi kisah sebenar ini. Beliau telahpun menjalani penggambaran drama, pasti tidak gembira dengan hasil yang sebenar”, “Saya tak rasa jalan cerita drama ini hebat, selepas saya lihat perkongsian beliau di instagram saya terfikir berkemungkinan beliau memberikan respons kepada kritikan penonton dan sebagainya”,.

Apapun, hanya Lee Jong Suk sahaja yang mengetahui segalanya. Sebagai penonton, anda juga berhak untuk menyuarakan pandangan anda, tetapi biarlah ianya relevant dan tidak bersangkut-paut dengan perkara yang tidak sepatutnya. Oh, ya, sudahkah anda menonton drama ‘Hymn of Death’ ini? Apa pula pandangan anda? Pada yang belum menonton, anda boleh tunggu ianya disiarkan menerusi Netflix pada 14 Disember ini untuk siaran negara-negara Asia.

Sumber : Allkpop

Komentar

comments