/Presiden terpaksa, Ji Jin Hee akan dibantu politikus Kang Hanna di dalam tvN Designated Survivor ?

Presiden terpaksa, Ji Jin Hee akan dibantu politikus Kang Hanna di dalam tvN Designated Survivor ?

Ji Jin Hee dan Kang Hanna telah ditawarkan membintangi drama tvN terbaru yang diadaptasikan daripada drama popular terbitan ABC, “Designated Survivor” masing-masing sebagai watak utama ‘Tom Kirkman’ dan tak dinamakan lagi, mungkin ‘Natascha McElhone’ versi Korea atau setiausaha politik beliau. Jin Jin Hee dikenali dengan watak suami pendakwaraya kepada Kim Nam Joon di drama jtbc Misty manakala Kang Hanna pula dengan watak Queen Daemok di samping Lee Jun Ki dan IU di dalam SBS Scarlet Heart Ryeo.

Park Moo Jin, yang diolahkan daripada watak siri asal ‘Tom Kirkman’ ialah seorang bekas professor Kimia yang dilantik memegang tampuk Kementerian Alam Sekitar. Beliau tak mempunyai sebarang angan-angan untuk menjadi ahli politik, malah untuk menjadi pemimpin sebuah parti politik sekalipun. Namun, kejadian tak terduga berlaku apabila suatu letupan telah mengakibatkan ramai mati  termasuklah presiden yang sedang menyampaikan ucapannya pada masa itu. Hanya Park Woo Jin yang terselamat dan beliau didesak untuk memangku jawatan presiden buat sementara selama 60 hari mengikut perlembagaan negara.  Dalam masa yang sama, beliau juga perlu menyiasat punca dan mencari dalang tersebut sehingga ke lubang cacing.

tvN “Designated Survivor” bakal ditulis oleh Kim Tae Hee yang pernah mendapat pencalonan Best Scriptwriter CARI Kdrama Awards untuk drama KBS Beautiful Mind dan juga bakal diarahkan oleh PD tvN What’s Wrong With Secretary Kim, Yoo Jon Sun. Ia akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2019.


Sumber: xsportnews , news1

Komentar

comments

Admin Kmania.