/Park Hae Soo bakal berkahwin pada Januari 2019

Park Hae Soo bakal berkahwin pada Januari 2019

Pelakon yang terkenal dengan watak bodoh alang-alang menerusi drama tvN Prison Playbook ini mengumumkan majlis perkahwinannya bakal diadakan pada Januari 2019 depan bersama kekasihnya yang dikenali selama 6 tahun.

Menurut laporan agensi BH Entertainment yang mewakili beliau, “Park Hae Soo akan mengadakan majlis perkahwinan pada 14 Januari di Seoul. Pengantin perempuan tersebut merupakan gadis yang dikenalinya selama 6 tahun selepas diperkenalkan rakan terdekat.”

TVC-mall WW

Park Hae Soo dalam kenyataan lain mengumumkan berita gembira berkenaan yang bakal dihadiri rakan-rakan terdekat dan saudara-mara. Park Hae Soo turut memuji kekasihnya itu ibarat hadiah tak ternilai buat dirinya yang selalu bersamanya sewaktu dalam kesusahan.

“Saya berasa sangat gembira sekiranya kalian dapat mendoakan perkahwinan kami dan mereka yang menyokong karier saya semenjak bergelar pelakon teater,” katanya lagi.

Tahniah Park Hae Soo. Semoga netizen juga dapat mencalonkan Park Hae Soo untuk kategori-kategori tertentu dalam 7th CARI Kdrama Awards.

Sumber: sport donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.