/BTS akan menerima ‘adik’ baharu menjelang tahun 2019

BTS akan menerima ‘adik’ baharu menjelang tahun 2019

Sebut sahaja BTS sudah pasti ramai ‘nuna fans’ dan peminat-peminat kpop akan memberi reaksi yang semangat sekali. Awal tahun depan, Big Hit Entertainment yang dipresidenkan oleh Bang Si Hyuk bakal ‘debut’ kumpulan idol lelaki baharu yang terdiri dari pelatih-pelatih Big Hit Entertainment dan CJ Group. Kenyataan ini dikeluarkan secara rasmi pada 27 November 2018.

Big Hit Entertainment hanya mengumumkan bakal hadirnya kumpulan baharu tersebut, namun nama, bilangan ahli, konsep yang bakal dibawakan dan butiran lain akan dimaklumkan pada satu tarikh yang bakal ditentukan kemudian nanti. Kumpulan ini bakal menjadi kumpulan pertama yang ‘debut’ selepas BTS di bawah seliaan Big Hit Entertainment sejak 2013.

Antara nama pelatih yang disebut-sebut akan ‘debut’ dalam kumpulan itu nanti ialah Lee Chang Sun, Marcel Park, Im Jin Young, B-Wolf (Rapper) ,Thomas Bang dan Lee SangHun kerana mereka telah lama mengikuti latihan di bawah pengurusan Big Hit Entertainment. Mereka dalam lingkungan umur 17 tahun, kata sumber dilaporkan oleh portal IS Plus.

Semoga mereka bakal sukses menempa nama di persada seni setanding dengan ‘sunbae’ mereka.

Sumber: IS Plus 

Komentar

comments

loading...