/6 KDrama terbaru antara yang mengisi slot siaran Disember ini

6 KDrama terbaru antara yang mengisi slot siaran Disember ini

Annyeong yorubun,

Seperti biasa kami bekalkan beberapa lagi drama Korea yang terbaru sebagai penutup tayangan drama bagi tahun 2018. Diharapkan ada di antara drama ini yang akan menjadi pilihan anda.

1. Fate and Furies (SBS)

Drama ini bertemakan melodama yang realistik mengenai apa yang berlaku pada masa kini. Ia juga akan meneroka kehidupan di antara empat orang yang terperangkap dalam sebuah perhubungan disebabkan oleh perasaan marah dan akhirnya membibitkan perasaan romantis. “Fate and Furies” menceritakan tentang seorang wanita yang mencintai seorang lelaki hanya untuk mengubah nasibnya dan seorang lelaki yang mencintai wanita itu sepenuh hati kerana dia percaya wanita itu jodohnya. Wanita tersebut ambil keputusan untuk tidak menceritakan perkara sebenar kepada lelaki itu, kerana takut akan kehilangannya.


Namun, akan ada juga seorang wanita lain yang berhasrat untuk memenangi hati seorang lelaki untuk mencapai matlamatnya, serta seorang lelaki yang berusaha untuk membalas dendam terhadap wanita itu.

Broadcast Date/Time: SBS / 1 Disember 2018 / 20.55 (KST) / setiap Sabtu

Starring: Lee Min Jung, Joo Sang Wook, So Yi Hyun, Lee Ki Woo

2. Memories of Alahambra  (tvN) 

“Memories of Alhambra” berkisarkan cerita  seorang pemilik syarikat pelaburan terkenal, CEO Yoo Jin Woo (lakonan Hyun Bin) yang mengunjungi Granada, Sepanyol atas lapangan kerja tetapi terpalit dengan suatu kejadian misteri tak disangka-sangka sewaktu tinggal di asrama hotel yang dikendalikan oleh Jung Hee Joo (lakonan Park Shin Hye). CEO Yoo Jin Woo ialah seorang jurutera yang mempunyai ijazah kedoktoran falsafah (Phd)  yang berwawasan tinggi dan tak mudah mengaku kalah. Sesuatu kejadian tak diduga berlaku di antara kedua-duanya menyebabkan mereka terpalit sama. Tak dijelaskan apakah misteri yang bakal menggugat kehadiran mereka.

Penulis skrip ini sangat terkenal dengan ‘twist’ mengejutkan di awalan cerita dengan berbagai-bagai misteri, yakni Song Jae Jung, terkenal dengan naskah MBC W: The Two World dan tvN Nine: The Time Travel. Manakala, ia akan diarahkan oleh PD tvN Forest of Secret, Ahn Gil Ho yang sememangnya sudah diketahui kreativitinya dalam drama berbentuk ‘thriller’. tvN Forest of Secret dicatatkan sebagai antara drama thriller terbaik pada tahun lepas sehingga mencipta kejutan meraih kemenangan dalam kategori Best Screenplay menumpaskan pesaing-pesaing daripada pemenang Drama of The Year tahun lepas, tvN Because This Is My First Life dan juga tvN Goblin.

Broadcast Date/Time: tvN & Netflix / 1 Disember 2018 / 21.00 KST / setiap Sabtu dan Ahad

Starring: Hyun Bin, Park Shin Hye, Chanyeol, Han Bo-reum, Min Jin-Woong, Kim Ui-Seong

3. Coffee Do Me A Favor (kabel – Channel A) 

“Coffee, Do Me a Favor’ yang bertemakan komedi romantik mengisahkan seorang pembantu penulis webtoon yang berpenampilan biasa-biasa sahaja bertukar penampilannya menjadi luar biasa setelah meminum secawan kopi magik. Dengan perubahan penampilannya, dia kini boleh menikmati percintaan yang diimpikan dan ketika itu juga dia bertemu dengan seorang penulis webtoon yang kacak namun tidak percaya tentang cinta. Apakah kesudahan drama ini? Mampukah dengan penampilan yang baru itu buat apa yang dihajati tercapai?

Penceritaan drama ini berlatarbelakangkan sebuah pejabat pengurusan webtoon. Yong Junhyung (Highlight) akan membawa watak penulis webtoon yang popular Im Hyun Woo, dan akan dibantu oleh Kim Min Young yang memegang watak Lee Seul Bi. Lee Seul Bi belum lagi debut sebagai penulis webtoon secara keseluruhannya.  Maeng Se Chang pula memegang watak sebagai  Lee Dong Gu, seorang pembantu yang mengelolakan bahagian warna dan latarbelakang karya webtoon. Han Je Hoo pula membawakan watak Jung Sook, seorang pembantu pelukis.

Broadcast Date/Time: Channel A / 1 Disember 2018 / 19.40 PM (KST) / setiap Sabtu dan Ahad

Starring: Yong Jun Hyung (Highlight) , Kim Min Young, Maeng Se Chang, Han He Joo

4. Less Than Evil (MBC) 

“Bad Detective” / “Less Than Evil” merupakan satu lagi drama remake dari siri drama kriminal/jenayah popular yang disiarkan di BBC One – “Luther”. Memasuki musim ke-5, Luther adalah drama kriminal serta penyiasatan mengenai permainan psikologi antara seorang detektif dengan penuh semangat keadilan tetapi sering dihantui oleh kes-kes jenayah yang diselesaikan dengan seorang wanita merangkap pembunuh misteri yang  genius dan psiko. Bagaimanapun, beliau tidak dapat menahan wanita terbabit ekorang tiada bukti yang kukuh.

Shin Ha Kyung akan membawakan watak Woo Tae Seok, berdasarkan watak Idris Elba dalam siri “Luther”. Woo Tae Seok Woo Tae-Seok adalah seorang detektif veteran yang berpengalaman dan masih lagi solo. Beliau memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan kes-kes jenayah besar yang diterimanya. Beliau kemudian bertemu dengan Eun Sun-Jae (lakonan Lee Seol) seorang pembunuh yang psiko dan genius. Woo Tae Seok bagaimanapun tidak dapat menangkapnya kerana kekurangan bukti yang kukuh. Akan tetapi, Eun Sun Jae membantu Woo Tae Seok dalam menyelesaikan kes-kes jenayah yang lain.

Broadcast Date/Time: Astro Oh!K (Ch394)  / 3 Disember 2018 / Drama Express – 24jam selepas ditayangkan di Korea / 7.50 PM / setiap Selasa dan Rabu

Starring: Shin Ha Kyun, Lee Seol, Park Ho San, Kim Geon Woo, Hong Eun Hee, Ryu Tae Ho, Baro (B1A4), Bae Da Bin, Yoon Hee Suk, Kim Na Yoon, Bae Yoo Ram, Yang Ki Won, Jo Yi Hyun, dan Bae Yoon Kyung.

Baca juga : 11 drama Korea ini akan bersiaran sepanjang November 2018 dan 3 sebab kenapa perlu tonton drama “Hymn of Death”    kerana masih ada beberapa drama korea tersebut masih lagi bersiaran. 

5. Dance Sport Girls / Just Dance (KBS) 

Drama Korea ini diadaptasi berdasarkan filem yang bertemakan dokumentari dengan judul sama yang ditayangkan pada 27 September 2017 lalu. Filem tersebut juga telah diberi penghargaan di Baeksang Arts Awards.

“Dance Sport Girls” atau “Just Dance” mengambil lokasi di Geoje, Provinsi Gyeongsang Selatan, Korea Selatan di mana industri utama di sana adalah pembuatan kapal. Industri perkapalan saat itu bagaimanapun mengalami zaman kejatuhan.

Ia mengisahkan kehidupan enam orang gadis dari sebuah sekolah yang sama. Kesemua mereka menyertai pasukan tarian sukan di sekolah  dan bercita-cita untuk memenangi pertandingan tarian yang dianjurkan. Enam gadis ini adalah Shi-Eun (Park Se-Wan), Hye-Jin (Lee Joo-Young ), Na-Young (Joo Hae-Eun), Ye-Ji (Shin Do-Hyun), Do-Yeon (Lee Yoo-Mi) and Young-Ji (Kim Soo-Hyun). Pelbagai rintangan diharungi mereka demi memenangi pertandingan tarian.

Broadcast Date/Time: KBS  / 3 Disember 2018 / 22.00 KST / setiap Isnin dan Selasa

Starring: Park Se-Wan, Lee Joo-Young, Joo Hae-Eun, Shin Do-Hyun, Lee Yoo-Mi, Kim Soo-Hyun, Jang Dong Yoon, Kim Kap Soo

6. Bok Soo’s Back / My Strange Hero (SBS) 

‘Bok Soo’s Return’ atau dikenali sebagai ‘Revenge is Back’ ataupun ‘My Strange Hero’ adalah sebuah drama bertemakan romantik serta dihiasi zaman persekolahan lakonan Yoo Seung Ho, Jo Bo Ah dan Kwak Do Yeon. Drama ini digarap oleh Kim Yoon Young , seorang penulis maknae dan bakal diarahkan oleh PD Ham Joo Ho yang dikenali dengan drama SBS Greasy Melo.

Ia mengisahkan Kang Bok Soo (Yoo Seung Ho) yang agak panas baran tetapi sangat setia pada cinta. Kerana mahu mempertahankan cinta pertamanya terhadap Son Soo Jung (Jo Bo Ah) , dia membiarkan dirinya dituduh sebagai samseng sekolah kerana telah menyebabkan kecederaan kepada pelajar lelaki bernama Oh Se Ho (Kwak Do Yeon). Akibat daripada itu, Kang Bok Soo dihukum buang sekolah.

Setelah beberapa bulan kemudian, Kang Bok Soo kembali ke sekolah itu semula dengan harapan untuk membalas dendam terhadap kedua-duanya dan menegakkan balik ketidakadilan yang berlaku pada dirinya sebelum ini. Tetapi, dengan tak semena-mena , Kang Bok Soo sekali lagi berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang tak dijangkakan yang akhirnya telah mengubah anggapannya terhadap Son Soo Jung. Apakah yang menyebabkan Kang Bok Soo berubah hati dan mencintai Son Soo Jung sekali lagi? Jadi, jangan lupa tonton drama ini selanjutnya.

Broadcast Date/Time: ONEHD (Ch393)  / 11 Disember 2018 / Drama Express – 24jam selepas ditayangkan di Korea / 9.00 PM / setiap Selasa dan Rabu

Starring: Yoo Seung Ho, Jo Bo Ah, Kwak Do Yeon, Cheon Ho-Jin, Kim Mi-Kyung, Eom Hyo-Seop, Kim Kwang-Kyu, Kim Dong-Young

Jadi kepada semua peminat kdrama, jangan lupa untuk saksikan drama yang akan bersiaran sepanjang Disember ini.

Komentar

comments